Utusan Borneo (Sarawak)

TRAGEDI KENYALANG

Burung kenyalang betina mati dipercayai diserang anjing liar Tanah Rizab Semulajadi Piasau.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Seekor burung kenyalang betina mati selepas dipercayai diserang anjing liar di sarangnya di Tanah Rizab Semulajadi Piasau (PNR) di sini, awal bulan ini.

Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Cawangan Miri Musa Musbah berkata, pengenalan diri burung tersebut masih disiasat, namun beliau percaya burung itu dikenali sebagai Alice.

“Dengan rasa sedih MNS dimaklumka­n oleh pihak Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) mengenai kematian burung kenyalang betina itu awal bulan ini.

“Burung ini yang bersarang pada banir pokok dipercayai telah diserang sekumpulan anjing liar yang merenggutn­ya dari sarangnya sehingga menyebabka­n cedera parah.

“Kakitangan SFC yang ditempatka­n berdekatan untuk menjaga sarang itu terus menghalau anjing-anjing tersebut dan membawa burung kenyalang itu ke doktor haiwan, namun disahkan mati kemudianny­a,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Musa berkata, perkara itu sangat menyedihka­n kerana isu anjing yang berada di tanah rizab itu pernah disuarakan sebelum ini, namun diprotes oleh pencinta anjing.

“Disebabkan protes tersebut, Majlis Bandaraya Miri (MBM) tidak dapat menjalanka­n kerja mereka untuk memindahka­n anjing dan kucing daripada tanah rizab semula jadi itu,” ujar beliau.

Menurut Musa, terdapat tiga sarang burung kenyalang berada di PNR tersebut iaitu sarang menempatka­n Jimmy dan Juliet, Jool dan Aboi dan satu lagi belum dapat dikenal pasti.

“Sarang burung kenyalang ini (yang dipercayai diserang anjing liar) belum benar-benar disahkan kerana saya tidak mempunyai tanda pengenalan Alice dan burung kenyalang jantan seperti Anthony, namun saya dapat menyimpulk­an bahawa ia (yang mati) mungkin Alice.

“Kami sekarang masih berusaha mencari Anthony yang biasanya berada di kawasan Lutong dan Batu Satu,” katanya.

 ??  ?? HABITAT: Lokasi di mana burung kenyalang tersebut bersarang pada
banir pokok.
HABITAT: Lokasi di mana burung kenyalang tersebut bersarang pada banir pokok.
 ??  ?? TRAGIK: Burung kenyalang betina yang disahkan mati selepas dipercayai diserang sekumpulan anjing liar di PNR awal bulan ini.
TRAGIK: Burung kenyalang betina yang disahkan mati selepas dipercayai diserang sekumpulan anjing liar di PNR awal bulan ini.
 ??  ?? MENYEDIHKA­N: Kawasan sarang burung tersebut yang
dipercayai diserang anjing liar dipagar pihak SFC.
MENYEDIHKA­N: Kawasan sarang burung tersebut yang dipercayai diserang anjing liar dipagar pihak SFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia