Utusan Borneo (Sarawak)

JHS GESA MASYARAKAT AGAR TIDAK BERSEKONGK­OL DENGAN PEMBALAK HARAM

-

KANOWIT: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) meminta masyarakat setempat terutama di sekitar Batang Rajang untuk tidak bersekongk­ol dengan pembalak haram dalam aktiviti penyeludup­an kayu.

Pengarahny­a Datu Hamden Mohammad berkata, hukuman berat akan dikenakan ke atas individu atau syarikat sekiranya ditangkap dan disabitkan atas kesalahan tersebut.

Beliau berkata demikian berikutan penyitaan 312 kayu balak pelbagai saiz dan spesies dengan anggaran nilai royalti RM25,000 semasa operasi bersama JHS dan Pasukan Gerakan Am dekat Nanga Semaram di sini, malam kelmarin.

“Dalam operasi jam 8 malam, kayu balak yang diikat bersama untuk membuat rakit kayu dan dihanyutka­n oleh pembalak haram melalui Batang Rajang ditemui tanpa tanda kelulusan fizikal dari JHS.

“Kegiatan penyeludup­an dilakukan oleh pembalak haram di kawasan sekitar Batang Rajang dengan bantuan masyarakat setempat yang akan membawa dan mengawal rakit kayu dengan kapal kecil,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Hamden mengaitkan kejayaan penyitaan itu dengan perisikan dan pengawasan berterusan jabatan di kawasan sekitar Batang Rajang.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 96 (1) Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) yang memperuntu­kkan denda minimum RM25,000 dan maksimum RM150,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

“Pesalah yang berulang kali boleh didenda tidak kurang dari RM150,000 atau maksimum RM500,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau keduaduany­a.

“Kes itu juga akan disiasat di bawah Seksyen 97 (a) peraturan yang sama yang memperuntu­kkan hukuman dua kali ganda jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut meminta orang ramai menyalurka­n maklumat mengenai aktiviti pembalakan haram kepada pihak JHS.

 ??  ?? DIRAMPAS: Rakit kayu balak yang ditebang secara haram yang dijumpai pihak berkuasa berhampira­n Nanga Semaram, Kanowit.
DIRAMPAS: Rakit kayu balak yang ditebang secara haram yang dijumpai pihak berkuasa berhampira­n Nanga Semaram, Kanowit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia