Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Kluster Jalan Pengiran, Matu tamat

-

KUCHING: Kluster Jalan Pengiran, Matu di Bahagian Mukah ditamatkan semalam setelah tiada kes baharu jangkitan COVID-19 dikesan melibatkan kluster ini.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata kluster ini diisytihar pada 31 Januari 2021.

Kes terakhir melibatkan kluster ini telah dikesan pada 10 Februari 2021 dengan sejumlah 326 individu telah disaring.

“Daripada 326 individu yang disaring, 24 kes dikesan positif termasuk kes indeks manakala 302 individu negatif,” katanya.

Tambah JPBNS dengan penamatan kluster ini, jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 26 kluster.

Tujuh daripada kluster yang masih aktif ini merekodkan penambahan kes, manakala 19 kluster tiada penambahan kes.

Kluster Kiba, Sibu merekodkan tambahan tiga kes meningkat kepada 36 kes, manakala Kluster Bukit Tunggal, Julau merekodkan tambahan empat kes meningkat kepada 40 kes.

Terdapat juga penambahan 19 kes melibatkan Kluster Jalan Muhibbah, Betong menjadikan jumlah keseluruha­n kes kini meningkat kepada 287 kes.

Seramai 2,700 individu telah disaring melibatkan Kluster Jalan Muhibbah ini dimana 2,300 negatif dan 113 masih menunggu keputusan makmal.

“Kluster Emperoh Jambu, Kuching pula merekodkan dua tambahan kes meningkat kepada 264 kes.

“Sejumlah 1,400 individu telah disaring di mana 900 negatif dan 236 masih menunggu keputusan makmal,” katanya.

Terdapat juga penambahan satu kes masing-masing melibatkan Kluster Sungai Bakong di Meradong dan Kluster Jalan Green, Kuching.

Manakala Kluster Gelong di Kapit merekodkan tambahan empat kes semalam menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 240 kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia