Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Kanowit, Sri Aman dan Samarahan kembali ke status Kuning

-

KUCHING: Tiga daerah iaitu Kanowit, Sri Aman dan Samarahan kembali ke status Zon Kuning jangkitan COVID-19 semalam, kata Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Perubahan status daripada Jingga ini susulan ketiga-tiga daerah terbabit masing-masing merekodkan 20, 19 dan 11 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Daerah Serian, Bau, Subis, Julau, Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah.

“Jumlah keseluruha­n kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas di 12 daerah ini adalah sebanyak 2,665 kes,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah JPBNS semalam sahaja, sebanyak 49 kes baharu dikesan melibatkan Zon Merah di Sibu, Bintulu (37), Miri (19), Betong (19), Kuching (12), Kapit (10), Meradong (10), Bau (4) dan Julau (4).

Manakala tiga lagi daerah berstatus Merah iaitu Serian, Subis dan Selangau masingmasi­ng tiada penambahan kes semalam.

JPBNS turut memaklumka­n Daerah Song, Sarikei dan Dalat kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruha­n 78 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

Daerah Belaga, Lundu, Bukit Mabong, Tatau, Marudi, Mukah, Pusa, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh juga kekal berstatus Kuning dengan keseluruha­n 86 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Manakala 11 daerah lain iaitu Pakan, Matu, Lawas, Daro, Simunjan, Lubok Antu, Telang Usan, Limbang, Tanjung Manis, Tebedu dan Kabong kekal berstatus Hijau.

Mengenai laporan notis kompaun, polis Sarawak telah mengeluark­an sebanyak 39 kompaun di daerah Kuching (31), Kapit (4), Sibu (3) dan Padawan (1) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia