Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur aktif salah guna dadah ditahan bersama syabu

-

LIMBANG: Seorang penganggur dipercayai bergiat aktif dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah diberkas polis, selain sejumlah syabu turut dirampas dalam operasi bersepadu di Kampung Lubok Piasau di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek, 33, dari kampung itu, ditahan jam 2 petang dalam operasi yang dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Limbang bersama Pasukan Marin Limbang.

“Serbuan dan pemeriksaa­n di dalam rumah tersebut tidak menjumpai apa-apa barang salah atau dadah.

“Bagaimanap­un hasil pemeriksaa­n lanjut ke atas sebuah kenderaan yang diparkir berhampira­n rumah tersebut kita menjumpai sepeket besar plastik lutsinar dan sepeket plastik kecil lutsinar masing-masing berisi hablur-hablur kristal disyaki dadah jenis syabu yang diselitkan di bahagian belakang tempat duduk penumpang sebelah pemandu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Abang Zainal berkata, syabu seberat 5.15 gram bernilai RM500 itu dirampas dan suspek kemudianny­a dibawa ke Pejabat BSJND untuk tindakan lanjut.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek memperoleh­i bekalan dadah dari seorang lelaki dikenali sebagai ‘Didi’ yang merupakan warganegar­a Brunei yang dijumpai di kawasan sempadan.

“Suspek mendapatka­n bekalan dadah dengan cara berjumpa dengan lelaki terbabit di kawasan tersebut serta membeli dadah dengan harga RM500,” katanya.

Suspek yang tidak mempunyai rekod lampau itu juga positif dadah hasil saringan awal air kencing yang dilakukan terhadapny­a dan kini ditahan dalam lokap Balai Polis Pusat Limbang untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

 ??  ?? BARANG KES: Syabu yang disorok dalam kereta suspek.
BARANG KES: Syabu yang disorok dalam kereta suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia