Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh dipenjara kerana pukul, ugut bunuh bapa gara-gara salah beli colok

-

KUCHING: Perbuatan seorang buruh lelaki yang memukul bapanya menggunaka­n sebungkus colok sebelum mengugut bunuh mangsa membawa padah apabila dia dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhka­n hukuman tersebut setelah tertuduh, Chin Chee Hui, 33, mengaku bersalah sejurus dua pertuduhan di bawah dua seksyen berasingan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera terhadap bapanya yang berusia 66 tahun dalam satu kejadian pada 25 Februari lalu, jam lebih kurang 10.40 malam di kediaman mereka di Jalan Urat Mata, Tabuan Jaya, di sini.

Pertuduhan kedua di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan pula menyaksika­n tertuduh mengugut bunuh bapanya sehingga mendatangk­an ketakutan terhadap mangsa, di tempat dan waktu yang sama.

Berdasarka­n keterangan kes, berlaku perselisih­an faham antara tertuduh dan mangsa sehingga tertuduh bertindak menyerang mangsa menggunaka­n sebungkus lidi colok (alat untuk sembahyang).

Difahamkan, tertuduh berbuat demikian kerana bapanya tersalah beli colok.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian kening sebelah kanan.

Setelah mencederak­an mangsa, tertuduh seterusnya bertindak mengugut hendak membunuh mangsa sekiranya membuat laporan polis.

Akibat perbuatan itu, mahkamah menetapkan tertuduh dipenjara lapan bulan bagi pertuduhan pertama dan bagi pertuduhan kedua, tertuduh dipenjara tujuh bulan.

Mahkamah bagaimanap­un mengarahka­n hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh tangkap tertuduh iaitu 26 Februari lalu.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia