Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pengedar dadah diberkas anggota PGA

-

KALABAKAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya memberkas tiga individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah dalam dua tangkapan berasingan di sebuah ladang di sini, kira-kira jam 10.30 malam baru-baru ini.

Tangkapan dibuat oleh pasukannya­yang menjalanka­n tugas rondaan Ops Benteng COVID19 serta bantuan daripada anggota dari Balai Polis Kalabakan dan anggota penguatkua­saan ladang tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Supt Mohd Yacob Murad berkata, tangkapan pertama membabitka­n seorang lelaki warga asing berumur 39 tahun yang dilihat berdiri di hadapan sebuah rumah kongsi dalam keadaan mencurigak­an.

“Sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamata­n, lelaki terbabit bertindak melarikan diri dan membuang satu plastik berwarna ungu di tangannya, namun lelaki terbabit berjaya ditangkap.

“Pemeriksaa­n awal mendapati lelaki terbabit merupakan warga asing dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yangs sah,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, pemeriksaa­n ke atas plastik tersebut mendapati terdapat 16 tiub berisi bahan disyaki dadah jenis s y abu seberat 3.1 gram dengan nilai anggaran kasar sebanyak RM310.

Mengulas lanjut katanya, berdasarka­n maklumat diterima, pasukannya bertindak melakukan serbuan ke atas sebuah rumah kongsi tidak bernombor di Blok D ladang sama beberapa jam selepas tangkapan pertama.

“Semasa serbuan dilakukan, terdapat seorang lelaki dan wanita masing-masing berumur 18 dan 17 tahun di dalam rumah berkenaan.

“Pemeriksaa­n awal, kedua dua suspek berkenaan merupakan warga asing dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah,” katanya.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut yang dijalankan, pasukan keselamata­n menemui satu sampul surat berwarna putih mengandung­i 11 tiub disyaki dadah jenis syabu seberat 1.3 gram dianggarka­n bernilai RM130.

 ??  ?? DALAM SIASATAN: Antara suspek yang ditangkap dalam serbuan tersebut.
DALAM SIASATAN: Antara suspek yang ditangkap dalam serbuan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia