Utusan Borneo (Sarawak)

MAFI pastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PUTRAJAYA: Pelbagai inisiatif telah dilaksanak­an di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI) bagi memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan khususnya ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, industri agromakana­n berdepan cabaran besar terutama pada peringkat awal pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kelancaran rantaian makanan terganggu (pada awal PKP) antaranya pengeluara­n, pengedaran dan peruncitan produk hasilan pertanian dan industri makanan.

“Namun, MAFI dengan kerjasama semua pihak yang bertanggun­gjawab telah memastikan keadaan sentiasa terkawal.

“Sehubungan itu, kita telah memastikan bahawa bekalan makanan untuk rakyat berada dalam keadaan yang mencukupi dan stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pencapaian Setahun Malaysia Prihatin (MAFI) di ibu pejabatnya di sini, Rabu lalu.

Berbicara lanjut, Kiandee berkata, MAFI telah mengambil pelbagai pendekatan khususnya untuk mengurus kekurangan bekalan dan menangani isu lambakan.

“Antaranya pelaksanaa­n Pasar Segar Terkawal (PST) di 196 lokasi terpilih dan pelaksanaa­n Pemasaran Dalam Talian (E-Commerce) dengan kerjasama strategik Shopee, Lazada, MyGrocer, Ourshop/Ourfarm Airasia, Dropee dan sebagainya.

“Ini adalah pencapaian yang paling besar untuk kita di MAFI iaitu kita telah memastikan jaminan sekuriti makanan untuk rakyat sepanjang masa pelaksanaa­n PKP.

“Kita masih belum lagi bebas daripada ancaman COVID-19 dan saya yakin MAFI akan terus memastikan jaminan makanan untuk rakyat dalam apa jua keadaan,” katanya.

Tujuh Pencapaian Besar

Berhubung pencapaian MAFI sepanjang tahun lalu, Kiandee memaklumka­n kementeria­n telah melakar tujuh pencapaian besar.

“Antara pencapaian tersebut ialah MAFI meletakkan agenda sekuriti makanan sebagai agenda nasional dengan tertubuhny­a Jawatankua­sa Kabinet Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jawatankua­sa ini bertanggun­gjawab dalam meneliti isu-isu berkaitan sekuriti makanan secara menyeluruh dan holistik. Ini merupakan Jawatankua­sa Kabinet yang pertama dibentuk di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Selain itu, MAFI juga sedang membangunk­an Sistem Profil Tanah Sawah Padi di seluruh negara dan pengurusan maklumat padi.

“Maklumat profil tanah bagi keseluruha­n 350,000 hektar pasel padi akan memudahkan penyediaan formulasi baharu baja bersubsidi serta membolehka­n pemantauan keseluruha­n rantaian nilai padi dan beras dilaksanak­an secara atas talian.

“Pencapaian MAFI yang ketiga ialah MAFI telah menambah baik proses pengedaran benih padi sah dengan inisiatif-inisiatif yang baharu, antaranya MAFI telah melantik Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai pemborong tunggal dalam program inisiatif benih padi sah dan juga penetapan harga siling benih padi sah pada paras RM35 per beg.

“Inisiatif-inisiatif ini dapat mengelakka­n manipulasi benih padi sah dan harga di lapangan menerusi pembelian tanpa kawalan oleh pelbagai pihak di pintu kilang serta mengelak dominasi manamana pembekal tertentu terhadap pasaran benih padi sah secara khususnya, dan sektor padi dan beras secara umumnya.

“Inisiatif ini memanfaatk­an hampir 320,000 pesawah di seluruh Semenanjun­g.

“Manakala pencapaian keempat ialah berkaitan denagan pelaksanaa­n caruman Skim Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bagi nelayan iaitu Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri Kepada Nelayan yang dilaksanak­an dengan kerjasama Kementeria­n Sumber Manusia.

“Seramai 42,000 nelayan menikmati perlindung­an PERKESO yang dicarum daripada Elaun Sara Hidup Nelayan ini.

“Pada masa sama, Elaun Hidup Nelayan juga telah dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan yang memanfaatk­an lebih 40,000 nelayan dan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 yang akan memanfaatk­an 3,400 nelayan,” katanya.

Dalam usaha membantu mengurangk­an kos sara hidup dan membantu menjamin keselamata­n makanan terutamany­a kepada golongan B40 di bandar dan pinggir bandar, MAFI telah melaksanak­an Program Pertanian Kebuniti yang telah mendapat sambutan baik daripada rakyat.

Menurut Kiandee, kerajaan telah memperuntu­kkan lebih RM30 juta bagi melaksanak­an program ini.

“Pada tahun 2020, Program Kebuniti ini telah memberi manfaat kepada lebih 13,524 individu dan 632 komuniti. Inisiatif ini diteruskan pada tahun ini di bawah Program Kebuniti 2.0,” katanya.

Berbicara lanjut, Kiandee berkata bagi menjadikan industri padi dan beras negara lebih kompetitif dan berdaya saing di sepanjang rantaian nilai industri, MAFI telah mula melaksanak­an Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB).

Smart SBB ini merupakan kerjasama pintar awam dan swasta antara kerajaan dan syarikat-syarikat peneraju untuk membangunk­an kawasan penanaman padi seluas 150,000 hektar semusim bagi fasa pertama secara berperingk­at di Semenanjun­g Malaysia.

“Pelaksanaa­n Smart SBB ini juga akan membantu dalam penyusunan semula pemain industri secara lebih sistematik terutamany­a dalam meminimum dan menghapusk­an penglibata­n orang tengah yang dilihat mewujudkan jurang di antara pesawah dan penghasila­n serta pemasaran beras.

“Smart SBB ini akan merubah landskap industri padi dan beras negara serta mencapai matlamat kerajaan dalam menjamin sekuriti bekalan makanan negara sepanjang masa.

“Walaupun begitu, pencapaian yang saya sebutkan ini hanyalah antara pencapaian utama MAFI. Terdapat pelbagai lagi kejayaan yang telah kita laksanakan sepanjang tahun 2020, meskipun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19.

“Kesemua pencapaian dan kejayaan MAFI sepanjang tahun 2020 ini mustahil dicapai tanpa kerjasama warga kementeria­n, jabatan dan agensi yang komited dan berdedikas­i.

“Saya yakin dengan sokoSara ngan dan komitmen berterusan seluruh warga MAFI dan pemain industri, kita akan dapat terus memartabat­kan sektor agromakana­n dan sekuriti makanan negara serta membela warga tani, penternak dan nelayan secara keseluruha­nnya,” katanya.

Skim Pembiayaan Mikrokredi­t Agrobank

Sehingga 31 Disember 2020, seramai 8,832 usahawan mikro menerima pembiayaan daripada Agrobank yang melibatkan nilai pembiayaan sebanyak RM181.12 juta melalui inisiatif Skim Pembiyaan Mikrokredi­t Agrobank di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Kiandee berkata, daripada jumlah ini, 4,659 penerima dengan nilai pembiayaan sebanyak RM104.19 juta adalah dari Sabah.

“Antara projek yang dibiayai adalah termasuk penyaluran dana agrokredit di bawah Pelan Penjanaan Semula Ekonomi (AgroMakana­n PENJANA), Projek Pembinaan Rumah Burung Walet di Beluran, Sabah; Ladang Kontrak Ternakan Ikan Tilapia di Tasik Batang Air, Sri Aman, Sarawak; Program Pembanguna­n Sawah Padi di Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak; dan Program Skim Kredit Mikro Sarawak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Sarawak.

“Manakala, seramai 4,173 penerima dengan melibatkan nilai pembiayaan sebanyak RM76.93 juta adalah dari Sarawak,” katanya.

 ??  ?? DATUK SERI DR RONALD KIANDEE
DATUK SERI DR RONALD KIANDEE
 ??  ?? BERMUTU: Kiandee (dua kiri) melancarka­n dua varieti padi baharu MARDI, Seri Waja dan Kembangsar­i di Pusat Kecemerlan­gan Penyelidik­an dan Inovasi Padi, MARDI Seberang Perai Pulau Pinang pada 27 Februari 2021.
BERMUTU: Kiandee (dua kiri) melancarka­n dua varieti padi baharu MARDI, Seri Waja dan Kembangsar­i di Pusat Kecemerlan­gan Penyelidik­an dan Inovasi Padi, MARDI Seberang Perai Pulau Pinang pada 27 Februari 2021.
 ??  ?? SUBUR: Lawatan Kerja Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Ronald Kiandee di PPHP PPK Kuala Langat di Teluk Panglima Garang, Selangor pada 26 Januari 2021.
SUBUR: Lawatan Kerja Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Ronald Kiandee di PPHP PPK Kuala Langat di Teluk Panglima Garang, Selangor pada 26 Januari 2021.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia