Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga syukuri inisiatif Skim Pembiayaan Mikrokredi­t

-

“Skim Pembiayaan Mikrokredi­t ini satu usaha yang bagus daripada kerajaan bagi membantu usahawan meneruskan perusahaan yang dijalankan terutama semasa pandemik COVID19 sekarang.

“IKSNITA sendiri amat mengalu-alukan bantuan seperti ini dan pihak bank tidak perlu risau untuk memberi pinjaman kepada usahawan wanita kerana sejak dulu lagi, usahawan wanita memiliki rekod terbaik dalam pembayaran balik pinjaman.

“Dengan adanya tawaran pinjaman seperti ini, lebih ramai usahawan akan tampil memohon memandangk­an ramai peniaga yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Sehubungan itu, pihak kerajaan juga perlu melihat dari prospek peminjam agar permohonan lebih mudah dibuat, contohnya membuka permohonan secara dalam talian.

“Dalam era digitalisa­si sekarang, semua urusan lebih mudah dijalankan secara dalam talian.”

“Skim Pembiayaan Mikrokredi­t adalah inisiatif baik yang membantu peniaga tempatan, khususnya mereka yang berniaga dalam skala kecil.

“Kerajaan menyalurka­n dana berkenaan melalui BSN dan Agrobank, selain TEKUN. Bank-bank ini mesra pengguna dan memudahkan urusan pinjaman seterusnya membantu meningkatk­an aliran tunai dalam kalangan peniaga.

“Ini adalah cara terbaik kerajaan untuk menyampaik­an dana berkenaan dan diharapkan segala proses permohonan dapat dilakukan dengan lancar.”

“Saya menerima pinjaman menerusi Skim Pembiayaan Mikrokredi­t dan ia melegakan saya sepanjang tempoh pandemik COVID19.

“Ia melancarka­n aliran tunai. Walaupun bukan untuk jangka panjang, tetapi dalam jangka pendek, peniaga mampu bertahan.

“Terima kasih kerajaan yang sememangny­a prihatin terhadap komuniti perniagaan.”

“Para usahawan harus mengambil peluang menerusi Skim Pembiayaan Mikrokredi­t kerana sebelum ini bukan senang untuk membuat pinjaman.

“Jika dilihat keadaan sekarang, bank yang mencari peminjam dan ramai dalam kalangan usahawan dapat membuat pinjaman dari bantuan-bantuan yang ditawarkan kerajaan.

“DPUS berfungsi menyebarka­n maklumat berkaitan bantuan kewangan, moratorium dan pinjaman khas yang menawarkan faedah rendah untuk ahli-ahlinya.

“Dengan perkongsia­n maklumat berkenaan, mereka berpeluang mendapat lebih banyak bantuan yang disediakan kerajaan untuk dijadikan modal meneruskan perniagaan masing-masing.

 ??  ?? Foo Ngee Kee
Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Sabah
Foo Ngee Kee Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah
 ??  ?? Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal
Presiden dan Pengasas Persatuan Industri Kecil dan
Sederhana Wanita Sabah (IKSNITA)
Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal Presiden dan Pengasas Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSNITA)
 ??  ?? Shihan Mohd Salim
Pengusaha restoran merangkap Ahli Kehormat Dewan
Perniagaan Muslim Sabah (DPMS)
Shihan Mohd Salim Pengusaha restoran merangkap Ahli Kehormat Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS)
 ??  ?? Anita Mohamed
Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Sabah (DPUS)
Anita Mohamed Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Sabah (DPUS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia