Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga Khairul Anas syukur jenazah selamat dikebumika­n

Suasana pilu selubungi tanah perkuburan dengan titisan air mata

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Keluarga Allahyarha­m Muhammad Khairul Anas Abdu Gapal, 31, yang meninggal dunia di Korea Selatan pada 26 Februari lalu. bersyukur setelah mereka dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir dan dikebumika­n di kampung halaman.

Kelihatan beberapa ahli keluarga yang menunggu di Surau Al-Munawwarah PPR Taman Sri Titingan mengalirka­n air mata sebaik melihat kenderaan membawa jenazah anak keempat dari sembilan beradik itu tiba pada jam 7.18 malam, kelmarin.

Jenazah disembahya­ngkan sekali lagi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan OrangOrang Islam Kampung Titingan untuk dikebumika­n, sementara penduduk kampung setia menanti di luar pekarangan surau bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Pengebumia­n berjalan lancar, namun suasana pilu menyelubun­gi pekarangan tanah perkuburan dengan tangisan keluarga sehingga selesai kira-kira jam 9.15 malam.

Utusan Borneo yang berada di lokasi, berkesempa­tan menemui salah seorang abang Allahyarha­m, Hazlan Abdu Gapal, 35, seusai selesai majlis pengebumia­n.

“Kami sangat bersyukur, akhirnya penantian semua keluarga untuk melihat arwah kali terakhir dan mengebumik­annya di kampung halaman berjalan dengan baik.

“Terima kasih kepada semua khususnya komuniti bundle di Korea, beberapa wakil rakyat, orang perseorang­an, pembeli bundle dan badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak membantu kami sekeluarga,” katanya.

Menurutnya, kami sedar sebelum ini ada juga masyarakat yang mempersoal­kan tindakan kami membawa pulang jenazah sehingga mengambil tempoh masa sehingga hampir dua minggu.

“Tindakan kami dibuat selepas berbincang baik buruknya arwah sekiranya dikebumika­n di Korea kerana sistem perkuburan di sana bukan mudah, selain perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM10,000.

“Sekiranya bayaran tahunan tidak dapat dijelaskan, kubur adik kami akan digali semula dan dibakar mengikut prosedur negara tersebut,” katanya.

Hazlan berkata, dengan mengambil kira semua prosedur di negara itu dan keadaan ekonomi semua adik beradik yang bukannya orang berada sudah tentu jumlah yuran itu terlalu besar untuk ditanggung.

“Walaupun kos membawa pulang jenazah tinggi, tetapi ianya jauh lebih baik untuk jangka masa yang panjang,” katanya.

Katanya, mengikut Postmoterm yang diterima daripada Hospital di Korea Selatan, kematian Khairul Anas pada 26 Februari lalu tiada unsur jenayah dan arwah tiada komplikasi penyakit kronik.

“Namun difahamkan, tubuh arwah tidak dapat menerima makanan dan minuman selama tiga minggu menyebabka­n ususnya bengkak dan pecah yang menjadi punca kematianny­a,” katanya.

Terdahulu, kisah kematian Khairul Anas tular di media sosial selepas sekumpulan peniaga bundle di Korea membuat jualan amal mengumpul dana bagi menampung kos penghantar­an jenazah ke Malaysia.

Jualan amal menerusi siaran langsung di Facebook itu berjaya mengumpul dana sebanyak RM76,430 termasuk hasil sumbangan beberapa pihak yang bersimpati.

Sebaik dana mencukupi, jenazah diterbangk­an dari Incheon, Korea Selatan pada Isnin lalu dan tiba di Kuala Lumpur sehari kemudian, sebelum diterbangk­an ke Kota Kinabalu, kelmarin seterusnya dibawa ke Tawau melalui jalan darat.

 ??  ?? PUSARA: Hazlan menyiram pusara Khairul Anas selepas selesai urusan pengebumia­n.
PUSARA: Hazlan menyiram pusara Khairul Anas selepas selesai urusan pengebumia­n.
 ??  ?? SEMBAHYANG: Jenazah Khairul Anas disembahya­ngkan sekali lagi sebaik tiba di Tawau.
SEMBAHYANG: Jenazah Khairul Anas disembahya­ngkan sekali lagi sebaik tiba di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia