Utusan Borneo (Sarawak)

Warga agensi agama disaran sentiasa bersatu, bekerjasam­a

-

LABUAN: Semua agensi agama bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) disarankan untuk sentiasa bersatu dan bekerjasam­a.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kerjasama itu akan memberikan impak tinggi kepada pembanguna­n bangsa dan agama.

“Saya nasihatkan semua agensi di bawah saya untuk sentiasa bekerjasam­a supaya apa yang kita lakukan memberi impak serta memberi kesan yang cukup baik.

“Kerjasama ini akan memberi banyak kelebihan, satu perkara mungkin sukar bagi satu agensi tetapi apabila bergabung boleh menjadi mudah,” katanya selepas melancarka­n Program ‘Less Than 2 Minutes’, ‘Bicara Hidayah’ dan ‘Anda Tanya Ustaz Jawab’ di Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n Cawangan Labuan.

Dr. Zulkifli turut menyaranka­n Pejabat Mufti Labuan memperbany­akkan program turun padang khususnya di masjid dan surau yang boleh memberi banyak manfaat khususnya kepada masyarakat yang dahagakan ilmu.

Dalam lawatan singkatnya ke Labuan, Dr. Zulkifli berkesempa­tan menyempurn­akan Majlis Amanat YB Menteri di JPM bersama warga agensi Wilayah Persekutua­n Labuan di Dewan Utama, Kompleks Darul Kifayah.

Beliau turut menyantuni tiga keluarga asnaf dalam Program Ziarah Prihatin di Kampung Ganggarak dan Kampung Sungai Bedaun.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin Mohd berkata, Program ‘Anda Tanya Ustaz Jawab’ dan ‘Bicara Hidayah’ merupakan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Labuan dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n Cawangan Labuan.

“LabuanFM akan terus melangkah dengan jabatan atau agensi lain seperti Pejabat Mufti untuk kami mendapatka­n penceramah yang bertauliah dan boleh memberi maklumat yang tepat kepada masyarakat dalam hal agama,” katanya.

 ??  ?? KERJASAMA: Dr Zulkifli (tengah) bersama Warga Agensi Agama di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, pada Selasa lalu.
KERJASAMA: Dr Zulkifli (tengah) bersama Warga Agensi Agama di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, pada Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia