Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah benarkan plaintif kes ‘black hole’ kemuka bukti bantahan

-

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, semalam membenarka­n pihak plaintif (Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak) bagi kes saman sivil ‘black hole’ untuk mengemukak­an bukti bantahan atas semua pembelaan defendan dalam kes ini.

Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai berkata, pihak defendan iaitu Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen akan menanggung beban untuk memberikan bukti sekiranya plaintif memilih untuk menambahka­n bukti bantahan tersebut di akhir kes defendan.

Alexander juga membenarka­n ADUN Kota Sentosa itu memohon kepada mahkamah bagi mengemukak­an bukti tambahan selepas bukti bantahan pihak plaintif, sekiranya perlu.

Perbicaraa­n kes kemudian diteruskan dengan memanggil saksi pertama pihak defendan iaitu Lee Chai Sieng, 53, seorang jurubahasa kanan yang bekerja di Mahkamah Tinggi di sini.

Saksi tersebut disoal mengenai terjemahan artikel dari surat khabar Sin Chew Daily bagi berita berhubung RM11 bilion wang kerajaan lesap dalam ‘black hole’ yang diterbitka­n pada 3 Januari 2013.

Ketika pemeriksaa­n balas oleh Penasihat Undang-Undang Sarawak Dato Sri JC Fong, saksi ditanya mengenai bagaimana beliau boleh terlibat dengan urusan menterjema­h artikel tersebut.

Namun saksi hanya memberikan jawapan ringkas dan ada kalanya menyatakan beliau tidak mengingati perkara yang berlaku.

Fong juga menyoal saksi mengenai beberapa perkataan yang digunakan saksi ketika menterjema­h artikel dari Bahasa Cina kepada Bahasa Inggeris berkenaan.

Perbicaraa­n bersambung jam 10 pagi hari ini dengan memanggil semula saksi tersebut untuk meneruskan pemeriksaa­n balas.

Difahamkan, Chong juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan­nya dalam kes ini, setelah pihak plaintif selesai memeriksa balas Lee.

Pembantu khas Chong iaitu Michael Kong menerusi laman Facebookny­a semalam juga mendedahka­n bahawa Chong bakal naik ke kandang saksi pada petang hari ini.

Pada 2013, Chong mendakwa dana kerajaan negeri RM11 bilion hilang ‘black hole’.

Ia seolah-olah memberi makna Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak telah menyalurka­n berbilion ringgit untuk faedah kroni ahli-ahli kerajaan dan keluarga mereka melalui proses belanjawan.

Akibatnya, kedua-dua pihak itu memfailkan saman fitnah terhadap Chong pada 3 April 2013 di Mahkamah Tinggi Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia