Utusan Borneo (Sarawak)

Fiqh Sabahi nilai hidup dan tatacara pengurusan Islam di Sabah

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Umat Islam di negeri ini diseru menghayati Manhaj atau Fiqh Sabahi yang menjadi nilai kehidupan dan tatacara pengurusan Islam di Sabah secara bersederha­na.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Ariffin Arif berkata, Fiqh Sabahi adalah berteraska­n pegangan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan disesuaika­n dengan situasi di negeri ini.

“Fiqh Sabahi yang diamalkan di negeri ini lebih kepada nilai hidup bertoleran­si, persefaham­an sesama kaum dan hormat-menghormat­i berdasarka­n hukum sedia ada.

“Perkara begini sebenarnya sudah lama wujud di negeri ini, cuma melalui nilai Fiqh Sabahi kita mahu perkasakan­nya lagi,” katanya, ketika ditemui di sini.

Ariffin berkata, gagasan itu adalah senada dengan Kerajaan Negeri dan sentiasa diperkemas­kan dari masa ke masa secara berterusan bersama pihak berkaitan.

Terutamany­a, dengan

Mufti Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agam Islam Negeri Sabah (JHEAINS) termasukla­h menerusi penganjura­n konvensyen ataupun seminar.

“Proses (penyesuaia­n) ini berterusan untuk memastikan nilai kehidupan masyarakat kita berdasarka­n situasi semasa yang tidak lari dari hukum hakam yang ada,” katanya.

Menurutnya, nilai Fiqh Sabahi adalah sederhana dan tidak tersasar dari nilai ekstrem serta perkara melampau untuk memastikan keharmonia­n hidup bermasyara­kat berterusan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan penguatkua­saan juga berlandask­an enakmen-enakmen sedia ada dan pada masa sama akan diperbaiki jika ada kekurangan dikesan.

“Misalnya, setiap tahfiz di negeri ini perlu berdaftar dengan JHEAINS supaya kita dapat memantau pegangan mereka tidak lari akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, tidak mencemarka­n imej kita dan untuk diberikan bantuan kerajaan,” katanya.

 ??  ?? BERTERUSAN: Ariffin berkata proses penilaian Fiqh Sabahi yang menjadi nilai hidup umat Islam di Sabah adalah berterusan dan turut melihat kepada situasi semasa yang berlaku di negeri ini.
BERTERUSAN: Ariffin berkata proses penilaian Fiqh Sabahi yang menjadi nilai hidup umat Islam di Sabah adalah berterusan dan turut melihat kepada situasi semasa yang berlaku di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia