Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada dokumen sah, warga Indonesia dipenjara

-

KUCHING: Gara-gara tidak mempunyai dokumen perjalanan sah untuk masuk dan berada di negara ini, seorang pemuda warga Indonesia dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, Sholeh Arwi, 23, mengaku bersalah sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) (Pindaan 2002) dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Marutin Pagan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 4 Mac lalu, jam 10 malam semasa berada di sebuah pondok berhadapan sebuah rumah di Kampung Pangliman Seman Ulu, Petra Jaya, di sini.

Hasil siasatan mendapati tertuduh gagal mengemukak­an dokumen perjalanan sah.

Semakan daripada Jabatan Imigresen Malaysia juga mendapati tidak ada maklumat pergerakan terkini mengenai aktiviti keluar atau masuk membabitka­n tertuduh.

Justeru, tertuduh telah melakukan kesalahan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ruthra Raj manakala tertuduh yang berasal dari Kalimantan Barat itu tidak diwakili peguam.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang pemuda tempatan dipenjara lima tahun dan dikenakan dua sebatan akibat mengambil dadah berulang kali.

Tertuduh, Anderson Sedak, 28, mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 39C (1) akta sama.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman penjara antara lima tahun hingga tujuh tahun serta tidak melebihi tiga sebat, jka sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, lelaki bekerja sendiri itu didapati menyalahgu­nakan dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine dengan memasukkan­nya ke dalam badannya sendiri pada 28 Februari lalu, jam 6.34 pagi di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Bau.

Mahkamah juga dimaklumka­n oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadratun Naim Mohd Saidi yang tertuduh mempunyai tiga sabitan lampau membabitka­n kes penyalahgu­naan dadah pada tahun 2019, juga di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sehubungan itu katanya, pihak pendakwaan memohon tertuduh diberikan hukuman berat berbentuk pengajaran bagi mencegah kesalahan ini daripada berleluasa.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia