Utusan Borneo (Sarawak)

Khairy kagum kecekapan Sarawak beri suntikan vaksin

Sarawak negeri nombor satu di Malaysia dari segi bilangan petugas barisan hadapan yang telah divaksin, kata Uggah

-

Kita kini adalah negeri nombor satu di negara dari segi bilangan petugas barisan hadapan yang telah divaksin. Ini menunjukka­n program, penyelaras­an dan jentera kita di lapangan adalah cekap dan efektif.

BAU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaludin memuji kejayaan Sarawak dalam pemberian suntikan vaksin COVID-19 melibatkan seramai 28,194 individu setakat ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, rasa kagum ini dinyatakan Khairy yang merupakan Menteri Penyelaras Bersama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (NIP) ketika mesyuarat menerusi Zoom, dua hari lepas.

“Kita kini adalah negeri nombor satu di negara dari segi bilangan petugas barisan hadapan yang telah divaksin.

“Ini menunjukka­n program, penyelaras­an dan jentera kita di lapangan adalah cekap dan efektif,” ujarnya.

Beliau berkata demikian

Pengerusi JPBNS

ketika ditemui selepas melawat Bilik Operasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) COVID19 Kampung Tringgus di sini, kelmarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ik Pahon Joyik serta pegawai perubatan dipertangg­ungjawabka­n Dr Winnie Johnnie.

Mengenai program fasa kedua, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, ia dijangka bermula bulan depan tetapi bergantung kepada bekalan vaksin dari Kuala Lumpur.

Katanya, fasa kedua akan lebih besar kerana ia melibatkan pemvaksina­n kirakira dua juta rakyat Sarawak yang layak termasuk ekspatriat serta pekerja asing sah dan tidak sah.

“Kita telah memaklumka­n Kuala Lumpur akan perancanga­n dan sasaran kita untuk menyelesai­kan program vaksinasi kita menjelang Ogos ini.

“Tetapi, perancanga­n dan sasaran kita bergantung kepada bekalan yang kita dapat dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyediaka­n sejumlah peruntukan kepada kita untuk membeli vaksin jika bekalan akan menjadi isu,” ujarnya.

Mengenai pelan pemvaksina­n bagi Daerah Bau, Uggah berkata, lebih daripada 20,000 (40 peratus) daripada populasiny­a telah mendaftar untuk divaksin.

Beliau turut merayu kepada mereka yang belum mendaftar agar segera mendaftar bagi memudahkan pengaturan dibuat.

Mengenai PKPB di Kampung Tringgus, Uggah berkata ia melibatkan 760 penduduk dari 186 keluarga di tiga kampung.

Operasi selama 14 hari tersebut katanya, bermula 8 Mac lalu selepas 54 kes positif dikesan di kampung berkenaan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

 ??  ?? PERKEMBANG­AN: Uggah mendengar taklimat daripada Dr Winnie (dua kanan) mengenai situasi COVID-19 di Kampung Tringgus yang dikenakan PKPD.
PERKEMBANG­AN: Uggah mendengar taklimat daripada Dr Winnie (dua kanan) mengenai situasi COVID-19 di Kampung Tringgus yang dikenakan PKPD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia