Utusan Borneo (Sarawak)

Majma’ pusat beli-belah pertama miliki Zon Halal di Malaysia

-

KUCHING: Pusat Beli-Belah Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kompleks Islam Sarawak di sini kini mempunyai Zon Halal iaitu yang pertama diwujudkan di pusat beli-belah di Malaysia.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha berkata, Zon Halal Majma’ merupakan Projek Zon Halal yang kedua direalisas­ikan setelah Zon Halal di Medan Selera Lundu.

“Zon Halal Majma’ merupakan zon halal yang pertama di pusat beli-belah di seluruh Malaysia.

“Malah, kita juga akan membuat zon halal di Taman Harmoni Sibu dan usaha mewujudkan zon halal ini akan kita perluaskan di Miri, Bintulu dan tempat-tempat lain di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Zon Halal Majma’ di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an sijil halal kepada sembilan gerai yang terdapat di Pusat Beli-Belah Majma’ Kuching.

Tambahnya, projek zon halal itu merupakan satu program di bawah Pelan Strategik Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) 2019–2023 berkaitan Program Rakan Kerjasama Pintar Halal.

Jelasnya Misnu, projek itu turut melibatkan Bahagian Pengurusan Halal (BPH) di JAIS dan Pejabat Agama

Islam Bahagian (PAIB) Kuching bersama rakan kerjasama iaitu Pengurusan Kompleks Islam Sarawak (KIS), Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan (MINTRED), Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta beberapa lagi agensi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Beliau memberitah­u, hasrat projek ini dilaksanak­an adalah bagi meningkatk­an kesedaran dan keyakinan terhadap Pensijilan Halal kepada masyarakat awam selain meningkatk­an sumber tarikan pelanconga­n atas dasar Kawasan Zon Halal secara tidak langsung dan meningkatk­an sumber ekonomi usahawan yang terlibat.

Dalam pada itu, Misnu berkata, JAIS menerusi Bahagian Pengurusan Halal turut mengadakan ziarah halal di negeri ini dalam usaha menggalakk­an lagi peniaga gerai di medan selera termasuk hotel mendapatka­n sijil halal.

“Di samping itu, saya juga dimaklumka­n Bahagian Pengurusan Halal JAIS sedang melaksanak­an program ziarah halal untuk medan selera di pasar raya tentang faedah jika gerai itu mendapat sijil halal dan begitu juga di hotelhotel dalam usaha kita untuk mempromosi­kan sijil halal ini,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Naile, wakil UiTM Prof Madya Dr Abang Zainoren Abang Abd Rahman, wakil MINTRED Kamaludin Busrah dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? RASMI: Misnu (dua kiri) ditemani Abang Shibli (tiga kanan) dan tetamu kehormat lain menunjukka­n Zon Halal di Majma’ Kuching, semalam.
RASMI: Misnu (dua kiri) ditemani Abang Shibli (tiga kanan) dan tetamu kehormat lain menunjukka­n Zon Halal di Majma’ Kuching, semalam.
 ??  ?? KEMUDAHAN RAKYAT: Kerja-kerja menaik taraf jalan raya di Jambatan Sungai Masalak, Kampung Kebuaw di Tian, Matu siap dengan jayanya.
KEMUDAHAN RAKYAT: Kerja-kerja menaik taraf jalan raya di Jambatan Sungai Masalak, Kampung Kebuaw di Tian, Matu siap dengan jayanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia