Utusan Borneo (Sarawak)

Kesibukan sebagai usahawan tidak jejas kerja amal Fatimah

-

MUKAH: Walaupun bekerja sepenuh masa sebagai usahawan, ia tidak menghalang Fatimah Narawi, 56, untuk melibatkan diri dalam kerja amal dan kemasyarak­atan.

Anugerah Wanita Waja 2021 yang dinobatkan kepadanya baru-baru ini dilihat sebagai sesuatu yang amat wajar memandangk­an pengalaman luasnya dalam kerja kebajikan.

Begitu pun beliau tidak menafikan pelbagai asam garam serta cabaran terpaksa diharungi sepanjang menimba pengalaman hidup.

“Memang besar cabaran ketika terlibat dengan kerjakerja kemasyarak­atan dan pada masa sama turut mempunyai perniagaan serta keluarga yang perlu diurus,” katanya kepada Utusan Borneo.

Didorong untuk melihat masyarakat supaya terus melangkah ke hadapan, antara elemen yang perlu ada pada diri adalah kebajikan, sosial atau pendidikan.

Beliau dengan itu kerap menyemai sikap kesukarela­an dalam masyarakat tidak mengira lapisan umur.

Beliau sedar, sikap kesukarela­an yang tinggi dapat melahirkan generasi masyarakat yang prihatin, bertanggun­gjawab serta berwaspada.

Pada masa sama, perpaduan dalam masyarakat dapat dipupuk dengan latar belakang yang pelbagai.

Fatimah yang berasal dari Kampung Pulat, Balingian pada masa sama turut melahirkan rasa syukur kerana menjadi satu-satunya Ikon Insani bagi Anugerah Wanita Waja 2021 dari Sarawak.

Beliau berharap anugerah berkenaan menjadikan cetusan semangat serta inspirasi terhadap dirinya dan wanita lain di luar sana.

Selain memegang jawatan Pengerusi Dewanita Bahagian Mukah, Fatimah turut mempunyai pelbagai jawatan penting seperti Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Balingian, Timbalan

Pengerusi Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Pulat, Balingian dan Biro Penerangan Wanita PBB Balingian.

Antara sumbangan beliau dalam kerja kesukarela­wanan adalah menyumbang­kan makanan kepada petugas barisan hadapan bersama Jabatan Residen Mukah, sumbangan kepada Rumah PERYATIM Bintulu bersama PERKIM Balingian, sumbangan kepada Madrasah Mukah bersama PERKIM Balingian dan juga membantu golongan kurang berkemampu­an juga bersama PERKIM Balingian.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang jawatan penting dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) berteraska­n kebajikan selain pernah menjadi guru tadika.

Sejak 2010, beliau bertukar kerjaya menjadi usahawan sepenuh masa melalui Restoran Fatma Cafe & Catering dan Fatma Enterprise.

 ??  ?? BUKAN HALANGAN: Fatimah tetap dengan kerja amal walaupun mempunyai restoran dan juga syarikat pembekal barangan.
BUKAN HALANGAN: Fatimah tetap dengan kerja amal walaupun mempunyai restoran dan juga syarikat pembekal barangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia