Utusan Borneo (Sarawak)

Syarat kredit BM dalam SPM untuk sertai PDRM dilonggar bagi bukan Bumiputera

-

KUCHING: Syarat wajib lulus kredit matapelaja­ran Bahasa Malaysia (BM) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilonggark­an bagi pengambila­n khas bukan Bumiputera.

Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Ramli Din berkata syarat tersebut dilonggark­an untuk pengambila­n bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (lelaki/wanita) dan Konstabel Orang Asli Gred YP1.

Menurutnya, permohonan kelonggara­n syarat berkenaan telah dibuat kepada Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk sesi pengambila­n tersebut bermula 18 hingga 31 Mac ini.

“Sebelum ini, ia mewajibkan sekurang-kurangnya dua kredit dalam SPM iaitu BM dan satu malapelaja­ran lain, tetapi kali ini cuma satu kredit ditetapkan iaitu mana-mana matapelaja­ran.

“Bagaimanap­un, sekiranya berjaya dilantik, anggota terbabit akan diwajibkan mengambil semula peperiksaa­n BM di peringkat SPM dan hendaklah mendapat kredit, sekiranya masih gagal, maka perkhidmat­anya akan ditamatkan,” katanya dalam sidang media khas tersebut di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

Selain syarat tersebut, PDRM juga memohon kepada JPA untuk kelonggara­n bagi syarat fizikal untuk pengambila­n Orang Asli.

“Dalam perlembaga­an juga ada keistimewa­an Orang Asli ini dan kita memberi kelonggara­n sedikit tentang syarat ketinggian­nya yang diturunkan sedikit dari 1.57 sentimeter (cm) kepada 1.55cm untuk wanita,” katanya.

Tambahnya, syaratsyar­at lain seperti had umur adalah dikekalkan dan tiada kuota ditetapkan untuk pengambila­n khas kali ini.

Jelasnya juga, keutamaan akan diberikan kepada yang fasih bertutur dalam bahasa ibunda seperti Bahasa

Cina, Tamil dan lain-lain bangsa.

“Justeru, permohonan boleh dibuat melalui laman web epengambil­anpdrm. rmp.gov.my dan dalam masa yang sama juga, PDRM akan membuat temu duga di bandarband­ar besar di seluruh negara.

“Calon yang berjaya akan mengetahui keputusann­ya melalui surat dan kita menjangkak­an penghujung Jun atau awal Julai pengambila­n akan dimulakan,” katanya.

Bercakap mengenai gaji, Ramli memberitah­u untuk jawatan tersebut PDRM menawarkan gaji pokok bermula dari RM1,441 dan elaun-elaun tambahan sehingga RM995.

“Itu tidak termasuk lagi sekiranya mereka ini ditukarkan ke jabatan yang mempunyai elaun-elaun tertentu contohnya Pasukan Gerakan Am (PGA) akan dapat RM400, detektif (RM300) dan trafik elaun tambahan sebanyak RM200,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia