Utusan Borneo (Sarawak)

Empat duduk semeja, remaja bergelang kuarantin dikompaun

-

SIBU: Empat lelaki yang degil dan tidak mengendahk­an keselamata­n diri dan orang lain didenda RM1,000 setiap seorang kerana duduk semeja yang ditetapkan untuk dua orang di Kapit, petang kelmarin.

Manakala seorang lagi pemuda berusia 17 tahun juga didenda dengan jumlah yang sama kerana melanggar perintah kuarantin rumah.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian berkata, pasukan pemantauan pematuhan SOP PKPB telah menangkap empat lelaki berusia antara 36 hingga 58 tahun yang didapati sedang duduk di sebuah meja tanpa mengendahk­an penjarakan sosial di sebuah kedai makan di Jalan Airport sekitar jam 6 petang.

“Mereka telah melanggar SOP kerana duduk di meja yang ditetapkan untuk dua orang sahaja.

“Akibatnya tindakan kompaun harus diambil terhadap mereka kerana melanggar perintah kawalan pergerakan bersyarat,” katanya

Dalam kes berasingan, pasukan pemantau SOP yang bertindak hasil maklumat awam orang telah menahan remaja lelaki berusia 17 tahun yang memakai gelang kuarantin di rumah kerana merayau-rayau di sekitar Taman Height.

“Dia telah diperintah­kan Kementeria­n Kesihatan untuk menjalani arahan kuarantin rumah tetapi sebaliknya dia ditemui keluar dari rumah,” kata Freddy dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Justeru beliau meminta orang ramai untuk memberi kerjasama dan memberitah­u polis sekiranya menemui sesiapa sahaja yang mempunyai gelang COVID-19 di tempat awam.

“Begitu juga kepada pengusaha perniagaan bahawa mereka harus memberitah­u kami sekiranya mereka mendapati pelanggan mereka tidak mengikuti SOP seperti tidak memakai topeng dan tidak mementingk­an penjarakan fizikal,” katanya

Beliau juga memberi amaran bahawa pengusaha premis makan juga akan dikompaun jika gagal mengawal pelanggan mereka dan tidak melaporkan kepada polis mengenai pelanggan mereka yang tidak mematuhi SOP.

 ??  ?? DIKOMPAUN: Remaja yang ditahan kerana ingkar arahan kuarantin rumah.
DIKOMPAUN: Remaja yang ditahan kerana ingkar arahan kuarantin rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia