Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan telekomuni­kasi di luar bandar terus diperluas: Rolland

Ia susulan permintaan masyarakat selaras perkembang­an teknologi

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Jaringan kemudahan komunikasi yang lancar pada masa kini amat penting dan merupakan salah satu kemudahan asas yang sering mendapat permintaan masyarakat, terutama yang tinggal di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin berkata, perkembang­an arus teknologi dan tuntutan keperluan semasa yang bergantung kepada kemudahan ini telah menyebabka­n permintaan masayaraka­t terhadap kemudahan ini meningkat dari semasa ke semasa.

“Justeru, kita telah berusaha untuk memantapka­n kemudahan ini dengan melaksanak­an beberapa pelan telekomuni­kasi di kawasan luar bandar yang merangkumi pembinaan menara telekomuni­kasi dan juga beberapa kemudahan yang lain seperti memasang perkhidmat­an Wi-Fi menggunaka­n teknologi satelit ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT).

“Di kawasan DUN Meluan ini, sebanyak tiga unit kemudahan perkhidmat­an WiFi menggunaka­n teknologi satelit VSAT telah berjaya dilaksanak­an dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

“Salah satunya terletak di kawasan Rumah Achi, Nanga Beladian, Lasi, Julau pada pertengaha­n Februari lalu,” kata Rolland.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjuan kerja projek ke Rumah Achi di Nanga Beladian, Lasi, Julau, semalam.

Dalam lawatan ini, Rolland bersama dengan rombongan telah melawat beberapa projek yang telah dilaksanak­an di kawasan tersebut seperti menaik taraf jalan rumah panjang, pembinaan Rumah Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Achi dan pembinaan kemudahan perkhidmat­an WiFi menggunaka­n teknologi satelit VSAT.

Menurut Rolland, usaha yang dilakukan ini adalah inisiatif kerajaan Negeri Sarawak melalui SMA untuk memasang jalur lebar tanpa wayar ke kawasan pedalaman.

Katanya, perkhidmat­an Wi-Fi yang menggunaka­n VSAT ini memberi capaian jalur lebar selaju 25 Mbps dengan jarak capaian 30 meter.

“Kemudahan telekomuni­kasi ini sangat praktikal sebagai penyelesai­an sementara masalah telekomuni­kasi di kawasan yang tidak ada

“Di

kawasan DUN Meluan ini, sebanyak tiga unit kemudahan perkhidmat­an Wi-Fi menggunaka­n teknologi satelit VSAT telah berjaya dilaksanak­an dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Rolland Duat Jubin

ADUN Meluan

perkhidmat­an rangkaian mudah alih,” tegas Rolland.

Mengulas berkaitan dengan projek lain yang dilaksanak­an di kawasan tersebut Rolland berkata, bagi kerja-kerja menaik taraf jalan, kerajaan Sarawak telah memperuntu­kkan RM200,000 untuk melaksanak­an projek tersebut.

“Bagi membina rumah JKKK pula, kerajaan Sarawak telah memperuntu­kkan perbelanja­an berjumlah RM60,000.

“Hasil daripada pemantauan kerja yang telah kita lakukan bersama dengan agensi kerajaan yang berkaitan, ia telah berjalan dengan lancar mengikut standard kerja yang ditetapkan,” ujar Rolland lagi.

Mengiringi beliau dalam lawatan ini ialah Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei Jessica Ellinda Panti, Penghulu Blawan Grinang dan Penghulu Joseph Wong King Said.

 ??  ?? JARINGAN KOMUNIKASI: Rolland (dua kanan) bersama dengan rombongann­ya meninjau kemudahan perkhidmat­an Wi-Fi menggunaka­n teknologi satelit VSAT di Rumah Achi dekat Julau, semalam.
JARINGAN KOMUNIKASI: Rolland (dua kanan) bersama dengan rombongann­ya meninjau kemudahan perkhidmat­an Wi-Fi menggunaka­n teknologi satelit VSAT di Rumah Achi dekat Julau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia