Utusan Borneo (Sarawak)

RM500,000 untuk 46 rumah terpilih MRP-PPRMS di Limbang

-

LIMBANG: Sejumlah RM500,000 diperuntuk­kan bagi Program Penambahba­ikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) membabitka­n 46 rumah terpilih di kawasan Parlimen Limbang untuk dilaksanak­an tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, secara keseluruha­n sebanyak 83 permohonan diterima tahun ini di daerah ini.

Bagaimanap­un menurutnya, kesemua permohonan tersebut dipantau pegawai Pusat Khidmatnya bagi menentukan tahap kerosakan rumah pemohon.

“Selepas melakukan proses pemantauan ahli jawatankua­sa bersetuju untuk memilih 46 rumah untuk tahun ini.

“Pemohon yang layak dipilih berdasarka­n keadaan rumah yang mengalami kerosakan teruk dan keadaan mendesak,” katanya pada Mesyuarat Jawatankua­sa PPRMS Kawasan Parlimen P221 di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P221 di sini, semalam.

Mengiringi beliau ialah Pemanca Jun Sila, Ketua Pemuda PBB Batu Danau Elvis Mathew Bungsu dan Timbalan Pengerusi SADIA Pampang Limbang Jangan Bakar.

Ahli Parlimen Limbang itu menjelaska­n, peruntukan di bawah Kerajaan Sarawak itu membantu masyarakat yang kurang berkemampu­an untuk membaiki rumah mereka yang mengalami kerosakan.

PPRMS menurutnya, komitmen berterusan kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam membantu golongan yang susah di daerah ini.

PPRMS katanya, inisiatif kerajaan negeri untuk meneruskan kesinambun­gan usaha membantu rakyat miskin di Sarawak sekali gus memastikan mereka yang layak dapat mendiami rumah yang selesa.

“Terima kasih Kerajaan Sarawak kerana prihatin dengan permasalah­an rakyat.

“Dengan adanya peruntukan seperti ini akan dapat membantu masyarakat yang kurang mampu untuk memiliki rumah yang lebih selesa untuk didiami,” katanya.

Tambahnya lagi, program baik pulih pada kali ini memberi keutamaan kepada kerosakan atap rumah.

“Keutamaan diberikan kepada membaiki atap rumah dan jika mencukupi barulah bahagian rumah lain akan turut dibaiki,” ujarnya.

 ??  ?? BINCANG: Hasbi (tiga kiri) mempengeru­sikan mesyuarat PPRMS di pejabatnya di Limbang, semalam.
BINCANG: Hasbi (tiga kiri) mempengeru­sikan mesyuarat PPRMS di pejabatnya di Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia