Utusan Borneo (Sarawak)

55 lampu isyarat di Kuching dinaik taraf dengan sistem SCATS: Lee

-

KUCHING: Sebanyak 55 daripada keseluruha­n 146 lampu isyarat di bandar ini telah dinaik taraf dengan sistem lampu isyarat pintar atau SCATS.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin berkata, kelebihan sistem SCATS adalah keupayaan untuk menukar masa hijau untuk kenderaan dalam masa nyata.

Setiap kitaran katanya, pengesan pada garis berhenti mengukur jumlah trafik dan selepas penilaian seperti data daripada setiap persimpang­an, sistem SCATS akan menentukan dan menetapkan masa hijau paling sesuai berdasarka­n kiraan adil.

“Untuk menilai kecekapan lampu isyarat pintar, kajian awal telah dijalankan pada laluan perintis untuk menilai penguranga­n sebenar dalam masa perjalanan selepas dinaik taraf.

“Kajian termasuk persimpang­an di Jalan Green, Jalan Tun Razak, Jalan Batu Kawa, Jalan Rock dan Jalan Song.

“Purata penguranga­n dicapai bagi waktu puncak adalah kira-kira 48 peratus, yang bermakna perjalanan 20 minit sebelumnya hanya akan mengambil 10 minit untuk sampai ke destinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan sempena lawatan ke Pusat Arahan Trafik Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 4 di sini, kelmarin.

Turut serta Setiausaha Tetap Kementeria­n Pengangkut­an Datu Buckland Bangik, Residen Bahagian Kuching Sherrina Husaini serta yang lain.

Pada lawatan itu, Lee turut diberi taklimat mengenai cadangan ke hadapan untuk pembanguna­n dan pengurusan trafik di Sarawak pada masa akan datang.

Lee turut menyatakan penghargaa­n beliau kepada semua yang terlibat termasuk Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak, Lembaga Multimedia Sarawak, Jabatan Kerja Raya, Residen dan lain-lain agensi yang terlibat.

Mengenai pengangkut­an bandar di Sarawak, Lee menekankan kepentinga­n pendidikan umum dan keperluan untuk meningkatk­an kesedaran dalam kalangan warganegar­a mengenai keselamata­n jalan.

 ??  ?? TERBAIK: Lee (duduk) bersama yang lain melawat Pusat Arahan Trafik JKR bagi meninjau pengurusan trafik di Kuching.
TERBAIK: Lee (duduk) bersama yang lain melawat Pusat Arahan Trafik JKR bagi meninjau pengurusan trafik di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia