Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Briged Kesembilan Infantri terima vaksin hari ini

-

SIBU: Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibawah naungan Briged Kesembilan Infantri di sini akan menerima vaksin COVID-19 pada hari ini.

Program Imunisasi COVID-19 Peringkat 9 Briged itu akan diadakan di Dewan Rascom, Kem Rascom Batu 10, Jalan Oya bermula jam 9 pagi sehingga jam 6 petang.

Panglima 9 Briged Brigadier Jeneral Shamshor Jaafar dijangka mendahului senarai anggota pasukan ATM tersebut untuk menerima suntikanny­a pada jam 8.15 pagi.

Terdahulu, Taklimat Pengenalan Vaksin dan Rancangan Pemberian

Vaksin COVID-19 Fasa Pertama telah dilaksanak­an di Dewan Oya, Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3RRD) pada 8 Mac lalu.

Taklimat ini telah disampaika­n Kapten (Dr) Awangku Zulhilmi Awangku Ibrahim selaku Pegawai Perubatan Pasukan.

Seramai empat pegawai dan 158 anggota lainlain pangkat (LLP) telah menghadiri sesi taklimat ini.

Dalam taklimat tersebut, Zulhilmi turut menerangka­n berkenaan vaksin jenis Pfizer BioNTech yang bakal diterima seawal 12 Mac ini dan keberkesan­an penggunaan vaksin ini bagi mencegah penularan wabak COVID-19 serta kepentinga­n mewujudkan imuniti kelompok bagi memerangi wabak ini.

Beliau juga memaklumka­n pengecuali­an penerimaan vaksin ini hanyalah sekiranya seseorang itu mempunyai sejarah alahan yang teruk, wanita hamil dan yang pernah dijangkiti wabak COVID-19 ini dalam tempoh tiga bulan yang lepas.

Taklimat ini diakhiri dengan sesi soal jawab bersama pegawai dan anggota yang hadir.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai Memerintah 3RRD Mejar Mohammad Fairus Norrani.

 ??  ?? PENERANGAN: Zulhilmi (kanan) ketika menyampaik­an taklimatny­a kepada anggota di Kem 3RRD di Sibu, baru-baru ini.
PENERANGAN: Zulhilmi (kanan) ketika menyampaik­an taklimatny­a kepada anggota di Kem 3RRD di Sibu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia