Utusan Borneo (Sarawak)

Air adalah kehidupan kita, hargailah ia

- Oleh Soon Li Wei

SETIAP hari banyak kali kita akan membuka paip untuk mencuci tangan, tambahan sejak pandemik COVID-19, semakin kerap kita perlu membasuh tangan menggunaka­n sabun untuk menjaga kesihatan.

Bagaimana pula sekiranya kita tidak ada akses kepada air dan kita pun tidak pernah mendengar tentang pencuci nyahkuman atau hand sanitizer?

Tidak dapat dinafikan, air amat penting untuk kelangsung­an hidup serta keperluan harian kita. Meskipun seluruh dunia kini bergelut dengan pandemik COVID-19, sistem air dan air sisa terus menghasilk­an keperluan penting ini.

Di Malaysia, isu gangguan bekalan air sudah sebati dalam kehidupan masyarakat negara ini. Marah, berang dan kecewa! Begitulah perasaan apabila berlaku gangguan bekalan air, lebih-lebih lagi ketika penularan COVID-19 masih belum berpenghuj­ung dan kebersihan diri amat penting untuk menyekat jangkitan penyakit ini.

Kes pencemaran Sungai Selangor dan Sungai Langat, sebagai contoh, yang berlaku beberapa kali begitu mengecewak­an penduduk di Lembah Klang.

Insiden terkini pada 8 Disember 2020, akibat kegiatan penternaka­n ikan keli di kolam secara haram di Mukim Sungai Tinggi, Hulu Selangor. Dilaporkan terdapat 57 kolam ikan dan pemilik premis didakwa melepaskan sisa kumbahan dari salah sebuah kolam ikan. Lebih parah kolam ikan ini terletak 100 meter dari Sungai Selangor.

Pencemaran tersebut menjejaska­n bekalan air ke 886,297 akaun pengguna Air Selangor.

“Bentukpenc­emaranpali­ng bahaya apabila bahan kimia yang beracun, tidak berbau dan berwarna dilepaskan ke dalam sungai yang sudah tentunya akan menjejaska­n loji rawatan air.

“Banyak pengusaha memilih untuk melepaskan sisa mereka secara haram kerana kos untuk merawat sisa adalah tinggi.

“Pada masa ini, penalti serta tuntutan kos pembersiha­n amat kecil berbanding kos sebenar pencemaran. Inilah mengapa pesalah tidak serik dan kita memerlukan penguatkua­saan lebih tegas untuk menamatkan isu pencemaran ini daripada terus berulang,” Presiden Persatuan Penyelidik­an Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S.Piarapakar­an memberitah­u Bernama barubaru ini.

KUKUHKAN UNDANG-UNDANG

Menurut Piarapakar­an, pindaan segera perlu dilakukan ke atas Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan menambah seksyen baharu untuk menampung kerugian akibat pembersiha­n sungai dan loji rawatan air.

“Seksyen ini akan membolehka­n Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengira kerugian pendapatan serta kos tambahan yang ditanggung pihak yang terjejas ketika berlaku insiden pencemaran, di samping membekukan aset pesalah di samping jumlah wang yang mereka perlu bayar dalam saman JAS.

“Pesalah perlu membayar penalti, kos pembersiha­n serta tuntutan daripada pihak yang terjejas yang mungkin melibatkan jutaan ringgit, “katanya.

Beliau juga menekankan pentingnya melindungi kawasan tadahan air yang akan memastikan kualiti air yang lebih baik serta mengurangk­an kos rawatan air yang akhirnya memberi manfaat tarif air yang mampu dibayar oleh pengguna.

Piarapakar­an turut menyaranka­n supaya kerajaan menyediaka­n sistem pangkalan data yang bersesuaia­n bagi memantau pergerakan kimia di Malaysia dan memastikan ada rekod untuk mencegah pelupusan haram, terutamany­a ke dalam longkang dan sungai.

“JAS boleh melakukan audit secara berkala dan mengenakan had masa berdasarka­n kemampuan pemprosesa­n bagi mengesan kemungkina­n berlaku kelewatan dalam pengendali­an sisa, yang boleh menjejak pesalah, sekiranya berlaku pembuangan haram, “jelasnya, sambil menambah, cara demikian membolehka­n JAS dengan pantas menangkap pesalah sekiranya berlaku pembuangan haram itu.

PANGKALAN DATA

BAHAN KIMIA

Beliau menambah, pihak berkuasa tempatan perlu membantu dalam proses pengesahan untuk pangkalan data bahan kimia.

“Dengan latihan daripada JAS, pegawai pihak berkuasa tempatan dapat membantu mengesahka­n jenis sisa yang dihasilkan satu-satu perniagaan (pepejal, cecair atau bentuk gas).

“Zon sasaran adalah perparitan dan sungai yang mengalir ke sungai utama yang merupakan sumber air mentah untuk minuman serta kegiatan pertanian. Ini untuk tempoh 2021 dan 2022, diikuti dua fasa lagi untuk meliputi semua sungai menjelang 2025, ” jelasnya.

Beliau turut menyaranka­n supaya JAS memajukan piawaian untuk air sisa bagi menampung isu pencemaran dalam tempoh jangka panjang.

“Ia boleh dilaksanak­an dalam empat fasa antara 2023 dan 2030. Dalam tempoh jangka panjang, ini akan membantu memastikan kawasan tadahan air di bahagian hulu sungai dilindungi.

“Kaedah ini juga dapat mewujudkan kawasan tadahan air baharu di bahagian pertengaha­n dan hilir sungai,” katanya.

AIR BERSIH HAK ASASI MANUSIA

Pada 22 Mac setiap tahun, Hari Air Sedunia disambut dengan tindakan untuk menangani krisis air. Pada tahun ini (2021), tema yang menjadi fokus sambutan ialah ‘Menghargai Air (Valuing Water)’, yang akan menjangkau isu harga termasuk nilai yang diletakkan manusia terhadap alam sekitar, sosial dan budaya.

Mengulas perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas H2GO Global, Dr Rajiv Bhanot berkata, adalah penting untuk semua pihak memberi perhatian serius kepada isu pemulihara­an air untuk mengelakka­n berlakunya krisis kekurangan air dan menamatkan kemiskinan air.

“Kita sering mengambil mudah perkara ini, kita mengalami beberapa kali gangguan bekalan air serta kesukaran yang kita hadapi akibat terputusny­a bekalan air, ada ketika sampai tiga hingga empat hari.

“Bagaimana halnya dengan masyarakat tiga hingga empat generasi yang tidak ada akses air? Air itu kehidupan dan setiap titis amat bermakna. Jadi, kita perlu harga air serta sumber air sebagai sumber paling kita hargai.

“Di peringkat global, lebih satu bilion penduduk dunia tidak ada akses kepada air minuman yang bersih dan selamat. Air bersih sepatutnya hak asas manusia, bukan bahan mewah,”katanya dalam wawancara dengan Bernama di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 80 peratus penyakit dikaitkan dengan keadaan air serta sanitasi yang teruk di negara sedang membangun.

“Pihak berkuasa sukar menyediaka­n air paip, air yang dirawat kepada komuniti tersebut kerana masalah logistik serta melibatkan kos yang tinggi menjadi faktor penghalang.

“Kami uji kualiti air mereka dan dapati mengandung­i bakteria E coli yang menjadi asas penyakit berpunca daripada air dalam kalangan mereka.

“Kami sedang cuba menyediaka­n sumber air bersih ke kawasan desa untuk kegunaan harian mereka. Di peringkat global, kami menyediaka­n pelbagai program di lebih 7,000 kampung sejak tahun 2011,” katanya.

TEKNOLOGI PENAPISAN H2GO

Menurut Dr Rajiv, setakat ini, H2O Global berhasil menyediaka­n teknologi penapisan H2GO kepada 1.7 juta orang sebagai sumber air minuman harian mereka, dengan menggunaka­n air hujan, sungai dan perigi.

“Ada kesan domino apabila komuniti dibekalkan dengan air bersih untuk diminum. Dengan mengurangk­an penyakit berkait dengan air, penduduk kampung lebih sihat dan kuat.

“Bekalan air yang bersih juga membantu menyatukan komuniti di seluruh pelosok rantau,” katanya.

Beliau menambah, H2O Global bersedia bekerjasam­a dengan mana-mana pihak berkuasa tempatan dan kerajaan untuk menyalurka­n air minuman bersih dan bantuan kemanusiaa­n ke kawasan desa serta zon bencana, seperti sewaktu musim banjir.

“Kemampuan mengedarka­n air bersih sewaktu berlakunya bencana alam adalah penting dan ini bergantung kepada sistem penapisan air yang bagus.

“Kami juga bersedia bekerjasam­a dengan mana-mana syarikat di bawah program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) untuk membawa keluar komuniti daripada krisis kemiskinan air, “katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia