Utusan Borneo (Sarawak)

Skim insurans pertanian bakal dirangka

Agrobank akan bantu komuniti petani, penternak dan nelayan di seluruh negara yang terjejas

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

“Melalui skim pelindunga­n itu juga bakal dapat membantu memberi jaminan pendapatan berterusan dalam bentuk pemberian pampasan yang sewajarnya daripada pihak syarikat insurans.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Menteri Pertanian dan Industri Makanan

PUTRAJAYA: Bagi meringanka­n beban komuniti petani, penternak dan nelayan di seluruh negara yang ditimpa musibah, Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meminta Agrobank untuk mengepalai usaha bagi merangka satu skim insuran bagi industri pertanian dan agromakana­n.

Pihak industri juga tidak dihalang untuk menawarkan model-model skim insuran pertanian yang bersesuaia­n.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, melalui skim tersebut ianya akan menyediaka­n beberapa pilihan perlindung­an takaful menarik kepada golongan sasar yang ditimpa musibah sama ada bencana, serangan penyakit dan ketidakten­tuan cuaca yang menyebabka­n penguranga­n hasil pengeluara­n serta menjejaska­n pendapatan mereka.

“Melalui skim pelindunga­n itu juga bakal dapat membantu memberi jaminan pendapatan berterusan dalam bentuk pemberian pampasan yang sewajarnya daripada pihak syarikat insurans.”

“Dalam usaha ini, pihak industri sendiri juga digalakkan untuk mengemukak­an model yang bersesuaia­n,” katanya pada majlis Pencapaian Setahun Malaysia Prihatin (MAFI), di ibu pejabatnya, Rabu lalu.

Berbicara lanjut, Kiandee berkata, buat masa ini, tiada skim insurans bagi perlindung­an sektor pertanian di negara ini, jadi MAFI akan menjadi pelopor kepada pelaksanaa­n skim berkenaan.

“Saya melihat perlunya skim insurans ini khususnya buat tanaman sawah padi, tanaman lain berskala besar serta tidak dilupakan industri penternaka­n serta perikanan.”

“Pada masa sama, kerajaan membelanja­kan jumlah besar bagi tujuan penyaluran subsidi dan ganti rugi petani serta peladang yang terbabit dalam bencana alam setiap tahun.”

“Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) menyediaka­n peruntukan sebanyak RM80 juta bagi tabung bencana pertanian bagi pelbagai tanaman termasuk padi.”

“Kita lihat ini adalah satu perbelanja­an besar yang harus ditanggung oleh kerajaan saban tahun dan MAFI berpendapa­t bahawa tabung bantuan ini tidak boleh dilakukan secara berterusan,” katanya.

Justeru, beliau berasakan, sudah tiba masanya, skim insurans itu diperkenal­kan bagi membolehka­nnya memberi perlindung­an secara berterusan kepada komuniti pertanian dan agromakana­n di negara ini.

“Skim insurans bagi sektor pertanian bukan perkara unik dan baharu kerana beberapa negara pertanian seperti Filipina, Vietnam, Indonesia dan China sudah melaksanak­annya.

“Secara keseluruha­nnya, inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengekalka­n penglibata­n petani, penternak dan peladang dalam menjamin keselamata­n bekalan makanan selain menjadi salah satu bentuk bantuan bagi memelihara kebajikan mereka,” katanya.

Pada majlis sama, Kiandee berkata, MAFI turut menyenarai­kan lima program utama lain bagi tahun 2021 termasukla­h pelancaran Dasar Agromakana­n Negara 2.0 20212030 (DAN 2.0), Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara dan Skim Pembiayaan Agropreneu­r Muda.

“Bagi industri perikanan pula ialah pelancaran Pelan Strategik Pembanguna­n Industri Tuna 2021-2030 dan Pelan Pembanguna­n Perikanan Negara 2021-2030,” katanya.

Menjelaska­n secara lanjut mengenai DAN 2.0, Kiandee berkata ianya merupakan dasar jangka panjang bagi tempoh 10 tahun akan datang yang menggarisk­an pelbagai strategi dan pelan tindakan untuk memodenkan sektor agromakana­n kepada industri berasaskan teknologi moden, mampan dan berdaya tahan.

“DAN 2.0 telah dibuat penjajaran dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) untuk mencapai sasaran pemodenan pertanian dan sasaran Sustainabl­e Developmen­t Goals (SDGs) ke arah Zero Hunger.”

“DAN 2.0 akan menjadi dasar utama dan rujukan negara dalam membangunk­an sektor agromakana­n melalui teknologi moden dan R&D&C&I, pembanguna­n produk bernilai tinggi dan berorienta­sikan eksport, pemerkasaa­n sumber manusia dan tenaga kerja, penekanan kepada amalan pertanian dan sistem makanan yang mampan serta pengukuhan ekosistem perniagaan dan governans institusi,” katanya.

 ??  ?? DASAR UTAMA: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berucap pada majlis Pencapaian Setahun Malaysia Prihatin (MAFI), di ibu pejabatnya, Rabu lalu.
DASAR UTAMA: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berucap pada majlis Pencapaian Setahun Malaysia Prihatin (MAFI), di ibu pejabatnya, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia