Utusan Borneo (Sarawak)

Beh Chew Boo bersatu semula dengan keluarga di Pulau Pinang

-

GEORGE TOWN: Beh Chew Boo, rakyat Malaysia yang terlepas daripada hukuman gantung di Singapura, selamat tiba di kampung halamannya di Pulau Pinang semalam dan bersatu kembali dengan keluargany­a.

Beh, 38, tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (PIA) kira-kira jam 9.20 pagi dengan penerbanga­n TR426 Scoot.

Bapanya, Beh Ah Baa, 72, dan kakaknya Beh Siew Yee, 28, sabar menanti kepulangan­nya di balai ketibaan PIA sejak 9 pagi.

Bapa kepada empat anak itu mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Singapura kerana memberi anaknya peluang untuk mencari keadilan bagi membuktika­n anaknya tidak bersalah.

Beliau turut menzahirka­n penghargaa­n kepada peguam Wong Siew Hong yang membantu Beh mengubah nasibnya serta jagaan dan penginapan yang diberikan.

“Daripada apa yang diberitahu peguamnya, peluang untuk memenangi kes ini adalah satu dalam sejuta,” katanya kepada Bernama ketika menunggu ketibaan anak lelakinya itu.

Beliau berharap keluargany­a akan terus menjalani kehidupan yang bahagia dan tidak risau lagi selepas ini.

Difahamkan, Chew Boo perlu menjalani ujian calitan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Chew Boo yang dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tahun lepas, terselamat daripada hukuman gantung pada Oktober selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Singapura menerima rayuannya.

Pada 2 Mac lepas, panel hakim yang sama, Sundaresh Menon, Tay Yong Kwang dan Steven Chong turut mengetepik­an permohonan pihak pendakwa untuk mengenakan empat pertuduhan yang lebih ringan berkaitan dadah terhadap lelaki itu.

Panel hakim membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada Chew Boo. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT: Chew Boo (kanan), rakyat Malaysia yang terselamat daripada hukuman gantung selepas bebas daripada kesemua lima pertuduhan membawa dadah ke Singapura, berlepas pulang ke Malaysia pagi semalam. Pemuda yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada awal 2020 terselamat daripada hukuman berat itu pada Oktober selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Singapura menerima rayuannya.
— Gambar Bernama SELAMAT: Chew Boo (kanan), rakyat Malaysia yang terselamat daripada hukuman gantung selepas bebas daripada kesemua lima pertuduhan membawa dadah ke Singapura, berlepas pulang ke Malaysia pagi semalam. Pemuda yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada awal 2020 terselamat daripada hukuman berat itu pada Oktober selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Singapura menerima rayuannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia