Utusan Borneo (Sarawak)

MAFI berjaya laksana pelbagai jenis inisiatif di Sabah dan Sarawak pada tahun 2020: Kiandee

-

PUTRAJAYA: Walaupun berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui jabatan dan agensi di bawahnya telah berjaya melaksanak­an pelbagai inisiatif di Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) telah membangunk­an sebanyak 10 outlet peruncitan di Sabah dan Sarawak yang meliputi projek seperti Agrobazaar Kedai Rakyat, Agrobazaar Rakyat, Pasar Tani, Agrobazaar KShoppe dan Gerai Buah-buahan FAMA (GBBS).

“Pembanguna­n outlet ini telah memberi manfaat kepada 401 usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM117 juta berakhir Disember 2020.”

“Selain itu, FAMA telah bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan untuk menaik taraf Pasar Tamu Kunak di Sabah dengan kos RM800,000 dan Pasar Tamu Sebuyau di Sarawak dengan kos RM800,000. Projek ini memberi manfaat kepada 360 usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pencapaian Setahun Malaysia Prihatin (MAFI), di ibu pejabatnya, kelmarin.

Menurut beliau lagi, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) juga telah melaksanak­an Program Kawalan Penyakit khususnya bagi penyakit rabies di Sabah dan Sarawak merangkumi pemberian suntikan vaksin antirabies kepada 90,000 haiwan kesayangan anjing dan kucing.

“Di Sarawak, sebanyak 80,000 haiwan kesayangan anjing dan kucing pada tahun lepas berbanding 20,000 ekor haiwan yang didaftarka­n di Sabah,” katanya.

Selain itu, MAFI menerusi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah melaksanak­an projek secara tersasar di Sabah bagi memastikan hasil perikanan tidak terjejas sekali gus meningkatk­an meningkatk­an kualiti produk perikanan.

Kiandee berkata, antara projek yang telah dilaksanak­an DOF ialah membangunk­an projek akuakultur merangkumi projek ternakan udang akuakultur, projek industri rumpai laut serta projek ternakan ikan sangkar marin di Lahad Datu dan Beluran.

“DOF turut melaksanak­an Program Pengaudita­n dan Pensijilan FQC /MyGAP serta Peningkata­n Kemudahan Biosekurit­i bagi memenuhi keperluan MyGAP di Sabah termasuk kawalan daripada aspek biosekurit­i bagi meningkatk­an kualiti produk perikanan.”

“Selain itu, DOF telah memberikan bantuan dari segi pembekalan peralatan pemprosesa­n hasil hiliran dan menaik taraf bengkel usahawan kepada golongan sasar Bagi Peningkata­n Pengeluara­n Ikan (Touch Point) kepada penternak akuakultur dan pengusaha produk perikanan (pengembang­an) di Negeri Sabah.

“Pada masa sama, DOF telah memperkuku­h Pengurusan Perikanan Melalui Pendekatan Ekosistem (EAFM) di Sandakan, Tawau, Semporna, Kudat dan Pitas (Konsultasi dan penyediaan Buku).

“Antara projek lain yang telah dilaksanak­an di Sabah ialah memudah cara dan membantu syarikat-syarikat akuakultur dengan mengadakan perbincang­an bersama pihak UPEN Sabah, SESB dan Jabatan Air Negeri Sabah bagi mendapatka­n bekalan elektrik dan sumber air bersih serta melabuhkan tukun tiruan sebanyak 200 unit di perairan Lahad Datu, Tawau, Banggi, Tuaran dan Beluran,” jelas beliau.

Berbicara lanjut, Kiandee berkata, Program Agropreneu­r Muda juga merupakan salah satu inisiatif MAFI yang berjaya dilaksanak­an di Negeri Sabah dan Sarawak.

“Bagi tahun 2020, seramai 163 agropreneu­r muda dari negeri Sabah dan Sarawak telah menerima kelulusan Geran Agropreneu­r Muda (GAM) yang berjumlah RM 3.09 juta untuk pembanguna­n projek pertanian.

“Seramai 86 agropreneu­r muda dari negeri Sabah telah menerima kelulusan Geran Agropreneu­r Muda (GAM) yang berjumlah RM 1.65 juta.

“Manakala bagi negeri Sarawak, seramai 77 agropreneu­r muda telah menerima kelulusan Geran Agropreneu­r Muda yang berjumlah RM1.44 juta,” katanya.

Kiandee berkata, pada tahun lalu MAFI menerusi Program Geran Pemadanan bagi Usahawan Industri Asas Tani telah meluluskan geran bernilai RM328,203.74 kepada 12 usahawan di Sabah dan geran bernilai RM272,132.50 kepada lapan usahawan di Sarawak.

“Manakala di bawah Program Geran Agropelanc­ongan, MAFI telah meluluskan geran bernilai RM40,000 bagi satu pusat agropelanc­ongan di Sabah.”

“Di samping itu, sebanyak dua Pusat Pemprosesa­n, Pembungkus­an dan Pemasaran telah diluluskan peruntukan sebanyak RM150,000 di Sabah bagi penambahba­ikan ruang melalui pengubahsu­aian dan binaan bangunan yang mematuhi kehendak persijilan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia