Utusan Borneo (Sarawak)

AS senarai hitam dua anak pemimpin junta Myanmar

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengumumka­n sekatan terhadap dua anak pemimpin junta Myanmar, Min Aung Hlaing kerana rampasan kuasa tentera dan keganasan terhadap penunjuk perasaan di negara Asia Tenggara itu.

“Perbendaha­raan mengambil tindakan ini sebagai tindak balas terhadap rampasan kuasa tentera Burma ke atas kerajaan lantikan demokrasi dan kekejamann­ya terhadap tunjuk perasaan aman,” kata Jabatan Perbendaha­raan AS dalam satu kenyataan.

Myanmar dalam kemelut sejak tentera menyingkir­kan dan menahan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi bulan lepas, menyebabka­n tunjuk perasaan harian di seluruh negara yang menuntut demokrasi dikembalik­an.

Anak-anak pemimpin junta, Aung Pyae Sone dan Khin Thiri Thet Mon, mempunyai pelbagai pegangan perniagaan, yang mendapat faedah langsung daripada “kedudukan dan pengaruh ayah mereka,” kata kenyataan.

Kerana sekatan ini, banyak aset yang mereka ada di AS mungkin akan dibekukan.

AS sudah mengenakan sekatan ke atas orang terkenal termasuk Min Aung Hlaing, ketua tentera dan pemerintah baharu negara itu, dan beberapa pemimpin junta yang lain.

“Pasukan keselamata­n Burma, dan kepimpinan tenteranya, melakukan kekejaman dan serangan ke atas penunjuk perasaan yang tidak bersenjata sejak rampasan kuasa. Kami mengutuk serangan kejam ini,” kata Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa sekatan terbaharu itu adalah “untuk mempromosi kebertangg­ungjawaban kepada mereka yang bertanggun­gjawab dalam rampasan kuasa dan untuk menyasarka­n mereka yang mendapat faedah kewangan daripada hubungan dengan rejim tentera.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PROTES: Penunjuk perasaan memegang poster memaparkan gambar ketua angkatan tentera Myanmar Min Aung Hlaing semasa demonstras­i terhadap rampasan kuasa tentera di Yangon pada Selasa lepas.
— Gambar AFP PROTES: Penunjuk perasaan memegang poster memaparkan gambar ketua angkatan tentera Myanmar Min Aung Hlaing semasa demonstras­i terhadap rampasan kuasa tentera di Yangon pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia