Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh cedera, 15 hilang dalam kebakaran hutan di Argentina

-

BUENOS AIRES: Tujuh orang cedera dan 15 yang lain hilang kelmarin ketika kebakaran hutan melanda wilayah Patagonia di Argentina, menurut sumber rasmi.

Kira-kira 200 orang telah dipindahka­n dan sekitar 100 rumah rosak oleh kebakaran di satu kawasan hutan dan tasik popular di kalangan pelancong yang terletak berhampira­n kawasan pergununga­n Andes.

“Saya akan membuat aduan jenayah kerana ia adalah kebakaran disengajak­an,” kata Menteri Alam Sekitar Argentina, Juan Cabandie pada satu sidang media.

Presiden Argentina, Alberto Feranndez menciap di Twitter bahawa kerajaan persekutua­n telah “menghantar dua helikopter, tiga pesawat memadam kebakaran, 12 jentera bomba, kenderaan sokongan dan 62 anggota bomba untuk menangani kebakaran.”

Tujuh orang cedera, seorang parah dan 200 lagi dipindahka­n dari Lago Puelo di wilayah Chubut, menurut majlis perbandara­n tempatan.

“Terdapat 15 orang dilaporkan hilang kerana kebakaran dan lebih 100 rumah terjejas,” kata Cabandie.

Di kawasan berhampira­n El Hoyo “hujan begitu lebat telah memadam kebakaran,” kata jurucakap kampung, Alejandro Otero sambil menambah bahawa kawasan di mana api telah padam masih dipantau.

“Ia satu kebakaran yang bermula dalam hutan di mana keadaan melampau menjadi punca,” kata Datuk Bandar Lago Puelo, Augusto Sanchez.

Tahun lepas, puluhan ribu hektar tanah musnah dalam kebakaran di Argentina.

Dalam 95 peratus kes kebakaran, api dimulakan dengan sengaja dan dalam beberapa kes, ia menyebabka­n kerosakan teruk kepada tanah ladang dan bangunan, kata kerajaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia