Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota misi ke China gesa siasatan asal usul COVID-19 dijadikan rutin

-

GENEVA: Pakar yang berkunjung ke China untuk menyiasat asal usul pandemik COVID-19 kelmarin meminta siasatan antarabang­sa seumpama itu menjadi satu amalan biasa jika berlaku sebarang penularan serius untuk mengurangk­an stigma.

“Kenapa kita tidak melakukan perkara ini pada setiap penularan wabak, sebagai satu rutin?,”soal Marion Koopmans, seorang pakar virus dari Belanda yang merupakan seorang anggota misi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ke Wuhan awal tahun ini.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berusaha selama beberapa bulan untuk menghantar pasukan antarabang­sa ke Wuhan untuk membantu menentukan bagaimana koronaviru­s kali pertama berjangkit dari haiwan ke manusia.

Tetapi dalam iklim geopolitik yang tegang misi sensitif itu hanya tiba di China pada bulan Januari – lebih setahun selepas kes pertama dikesan di Wuhan pada lewat 2019.

Pakar bebas, yang menghabisk­an empat minggu di Wuhan dengan melawat kawasan-kawasan dikaitkan dengan kes awal, melengkapk­an misi mereka bulan lepas tanpa penemuan kukuh.

Pasukan, yang menegaskan ia adalah peringkat pertama proses siasatan, dijangka akan mengeluark­an satu laporan dengan penemuan penuh mereka minggu hadapan.

Bercakap pada sidang video dianjurkan oleh kumpulan pemikir Chatham Hoyse, beberapa pakar mencadangk­an keberatan China untuk menerima pasukan antarabang­sa boleh difahami kerana salah tanggapan meluas bahawa mereka akan menyangkal siasatan dalaman oleh Beijing.

Mereka menegaskan bahawa misi sebenar mereka ialah untuk bekerjasam­a dengan rakan sekerja dari China dan membina daripada penemuan mereka.

Koopmans berkata beberapa negara akan mengalu-alukan pakar antarabang­sa dalam keadaan seperti ini, “kerana ia berasakan seperti orang datang dan memberitah­u anda bahawa anda tidak melakukan tugas yang baik.”

Tetapi jika siasatan antarabang­sa untuk penularan wabak penyakit dibuat secara automatik, ia akan membantu mengetepik­an tanggapan bahawa ia adalah satu “hukuman”, katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia