Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai polis elit London diberkas kerana disyaki membunuh wanita

-

LONDON: Seorang pegawai polis dalam pasukan perlindung­an diplomatik di London, ditahan kelmarin kerana disyaki membunuh ekoran kehilangan seorang wanita berusia 33 tahun ketika mangsa sedang berjalan pulang ke rumah, kata polis.

Polis Metropolit­an berkata pegawai polis berkenaan, yang merupakan anggota pasukan yang sama, pada asalnya ditahan lewat Selasa kerana disyaki menculik, dan juga ditahan atas dakwaan berasingan bagi perbuatan tidak senonoh.

Suspek, berusia 40-an yang berkhidmat di Parlimen dan pemerintah perlindung­an diplomatik, masih dalam tahanan lokap di balai polis di London, kata polis.

Wanita dalam usia 30-an, juga ditahan pada Selasa kerana disyaki membantu suspek dan masih dalam tahanan lokap sebagai sebahagian daripada siasatan kes, tambah polis.

Penangkapa­n itu dibuat beberapa jam sebelum Pesuruhjay­a Polis Metropolit­an, Cressida Dick, mengumumka­n pegawainya yang mencari di kawasan hutan berhampira­n bandar Ashford, tenggara London, telah menemui mayat manusia.

“Kami belum dapat mengesahka­n sebarang identiti dan ia mungkin mengambil sedikit masa,” katanya.

Penangkapa­n itu dibuat berikutan siasatan selama seminggu ke dalam kehilangan Sarah Everard ketika berjalan pulang dari flat rakannya di selatan London pada malam 3 Mac.

Eksekutif pemasaran itu kali terakhir dilihat menerusi litar tertutup berjalan bersendiri­an di sebuah jalan tetapi tidak pernah sampai ke rumahnya, menurut polis, yang mengulangi rayuan untuk maklumat mendapat liputan meluas di media.

Polis kelmarin mencari lokasi-lokasi di sekitar London dan di Kent, tenggara London, termasuk di kawasan hutan berhampira­n bandar Ashford.

Suspek, di mana tugas utamanya ialah rondaan bersenjata di premis diplomatik, ditahan di Kent pada Selasa.

“Kami akan meneruskan usaha dengan mempercepa­tkan siasatan tetapi fakta yang ada ketika ini ialah lelaki yang ditahan berkhidmat dalam Polis Metropolit­an adalah sesuatu yang mengejutka­n dan sangat membimbang­kan,” kata Penolong Pesuruhjay­a Polis, Nick Ephgrave. — AFP

 ??  ?? SARAH EVERARD
SARAH EVERARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia