Utusan Borneo (Sarawak)

Lula selar polisi COVID-19 Bolsonaro

-

SÃO BERNARDO DO CAMPO: Bekas presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, membuat kepulangan ke dunia politik kelmarin dengan menyerang presiden semasa, Jair Bolsonaro dan polisi “bodoh” COVID-19 tetapi menolak untuk berkata sama ada beliau akan kembali bertanding menentang Bolsonaro pada tahun hadapan.

Lula, yang memimpin Brazil dari 2003 hingga 2010, muncul sebagai pencabar utama untuk menyingkir­kan Bolsonaro dari kuasa, selepas seorang hakim membatalka­n pensabitan kes rasuah pemimpin popular itu pada Isnin, mengembali­kan haknya untuk kembali bertanding memegang jawatan.

Dalam komen pertama sejak keputusan itu, Lula, 75, memberikan kritikan teruk kepada rekod Bolsonaro.

Tetapi beliau menolak untuk secara rasmi mengumumka­n akan bertanding untuk jawatan presiden pada pilihan raya 2022.

“Ia adalah tidak wajar untuk saya memikirkan tentang (pilihan raya) 2022 sekarang,” kata beliau pada satu sidang media.

“Pemimpin parti harus bercakap tentang vaksin, tentang gaji.”

Beliau memberikan kritikan khusus kepada cara Bolsonaro menangani pandemik, yang telah membunuh hampir 270,000 orang di Brazil – angka kematian kedua tertinggi di dunia, di belakang Amerika Syarikat (AS).

Bolsonaro, 65, berulang kali mengetepik­an ancaman COVID-19, tidak mengendahk­an nasihat pakar untuk mengawalny­a dan membuat komen antivaksin.

“Jangan ikut mana-mana keputusan bodoh oleh presiden negara ini atau menteri kesihatan: dapatkan suntikan vaksin sekarang,” kata Lula.

“Dunia itu bulat dan Bolsonaro memikirkan ia rata... Tanpa semua kegilaan ini yang melanda negara, banyak kematian boleh dielakkan.”

Bolsonro kemudian dilihat memakai pelitup muka – sesuatu yang jarang dilihat berlaku – ketika menandatan­gani usul mempercepa­tkan pembelian vaksin dan mengetepik­an kritikan tentang cara beliau menangani pandemik ini.

“Mari kita percaya dengan kerajaan ini, percaya dengan kementeria­n kesihatan. Pentadbira­n ini serius dan bertanggun­gjawab,” katanya.

Lula, bekas pekerja besi dan pemimpin kesatuan, memimpin Brazil mengharung­i perkembang­an ekonomi dan diingati kerana program sosial yang membantu mengeluark­an puluhan juta penduduk dari kemiskinan.

Tinjauan terbaharu mencadangk­an beliau adalah ahli politik terbaik untuk mencabar pemilihan semula Bolsonaro.

Tetapi beliau masih seorang yang sangat kontrovers­i selepas dijatuhi hukuman penjara 26 tahun kerana mengambil rasuah.

Dakwaan rasuah itu melibatkan “Operasi Cuci Kereta”, satu siasatan ke dalam satu skim di mana ahli politik utama dan eksekutif perniagaan secara terancang mendapatka­n bilion dolar wang dari syarikat minyak negara, Petrobras.

Lula dipenjarak­an pada April 2018 – menyebabka­n beliau terkeluar dari pemilihan semula pilihan raya presiden pada tahun ini ketika beliau menjadi calon utama – dan menghabisk­an tempoh 18 bulan di penjara sebelum dibebaskan sementara menunggu rayuan.

Penyokongn­ya berkata beliau menjadi mangsa satu konspirasi untuk menyingkir­kannya dari saingan pilihan raya 2018, yang dimenangi Bolsonaro.

Tetapi Lula masih berdepan beberapa dakwaan rasuah dan penyalahgu­naan kuasa termasuk satu kes yang menyebabka­nnya dipenjara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia