Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah RM300,000: Suspek ketiga direman

-

SHAH ALAM: Seorang warganegar­a India yang bekerja sebagai ejen permit warga asing direman enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh Imigresen.

Perintah reman hingga Selasa itu dikeluarka­n Majistret Ellyna Othman di Mahkamah Majistret di sini selepas menerima permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber SPRM memberitah­u suspek lelaki yang berusia 51 tahun bekerja sebagai ejen permit warga asing lebih 10 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kelmarin.

Katanya, berdasarka­n siasatan awal, lelaki yang merupakan individu ketiga direman untuk kes itu, disyaki menjadi ‘runner’ kepada seorang wanita ejen pekerja warga asing dan dipercayai menguruska­n dokumen memo periksa keluar kepada kesemua warga China.

“Selain itu, suspek ini juga disyaki mendapat sebahagian upah daripada bayaran diperolehi oleh ejen wanita pekerja asing yang berjumlah lebih RM90,000 yang diterima daripada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri,” katanya.

Kelmarin, dua individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ dan seorang wanita, berumur 44 tahun dan 41 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Kedua-dua mereka yang ditahan mendakwa boleh membantu menyelesai­kan kes penahanan 22 warga China yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket judi dalam talian dan ‘Macau Scam’.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Ejen permit warga India direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah melepaskan 22 warga China daripada tahanan Imigresen di Komplek Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama DIREMAN: Ejen permit warga India direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah melepaskan 22 warga China daripada tahanan Imigresen di Komplek Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia