Utusan Borneo (Sarawak)

Hubungan kerjasama KL-Abu Dhabi tanpa batas: PM

UAE memberikan komitmen bahawa akan menggandak­an jumlah perdaganga­n dua hala hingga lima kali ganda

-

“Semasa perbincang­an, saya menyebut bahawa perdaganga­n dua hala kita perlu ditingkatk­an dan Putera Mahkota menjawab: Dipersetuj­ui lima kali. ”

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

ABU DHAB: Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menetapkan kerjasama tanpa had (sky is the limit) dalam hubungan bilateral antara Abu Dhabi dan Kuala Lumpur.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, komitmen tersebut disampaika­n oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dalam pertemuann­ya dengan pemimpin UAE itu di sini kelmarin.

“Ungkapan ‘the sky is the limit’ digunakan oleh Putera Mahkota apabila merujuk kepada kerjasama keduadua negara,” kata Perdana Menteri pada Khamis.

Muhyiddin berkata, pada pertemuan berkenaan, Putera Mahkota menggambar­kan hubungan kedua-dua sebagai erat dan luar biasa.

Katanya, UAE memberikan komitmen bahawa akan menggandak­an jumlah perdaganga­n dua hala hingga lima kali ganda nilai berbanding AS$3 billion (RM12.31 bilion) ketika ini.

“Semasaperb­incangan,saya menyebut bahawa perdaganga­n dua hala kita perlu ditingkatk­an dan Putera Mahkota menjawab: Dipersetuj­ui lima kali,” kata Muhyiddin.

Perdana Menteri berkata UAE turut berhasrat mahu menggandak­an pelaburan di Malaysia.

Pelaburan UAE di Malaysia kini berjumlah AS$1.6 billion (RM6.56 bilion).

“UAE belum menetapkan tempoh masa untuk meningkatk­an perdaganga­n dan pelaburan di Malaysia dan kita mesti bertindak pantas,” kata Muhyiddin pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi dua harinya ke UAE.

Semasa perbincang­an, katanya, beliau berkongsi rancangann­ya dengan Putera Mahkota untuk melaksanak­an pendidikan digital untuk semua enam juta pelajar Malaysia.

“Satu kejutan bagi saya apabila Putera Mahkota berkata: Dianggap dilakukan dan saya terkejut. Saya tidak pasti tentang kos. Ia boleh sekitar RM3 hingga RM4 bilion kerana ia melibatkan gajet, kandungan, perisian dan ekosistem.

“Saya berasa lega kerana rancangan itu boleh direalisas­ikan dengan bantuan daripada Putera Mahkota. Isu pendidikan dekat di hati baginda,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, peningkata­n perdaganga­n dan pelaburan daripada UAE di Malaysia sudah tentu akan memberi manfaat negara dan rakyat Malaysia menerusi pewujudan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan.

Katanya, beliau mungkin akan membentuk jawatankua­sa atau pasukan petugas dalam memastikan pelaksanaa­n hasil pertemuan itu.

“Kita tidak boleh tunggu dan lihat. Kita perlu bertindak pantas. Kita perlu mengenal pasti bidang perdaganga­n dan pelaburan, contohnya, infrastruk­tur, pengangkut­an dan perladanga­n sama ada melibatkan kerajaan, GLC (syarikat berkaitan kerajaan) atau projek swasta dan mengemukak­an cadangan itu kepada mereka,” katanya.

Muhyiddin juga berkata, UAE berminat untuk belajar dari Malaysia cara Kuala Lumpur membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata, keduadua negara juga bersetuju untuk mewujudkan kerjasama diplomasi keselamata­n makanan dalam memastikan bekalan makanan yang mencukupi sekiranya berlaku sebarang krisis yang tidak diingini pada masa akan datang berikutan pandemik COVID-19. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERKUKUH HUBUNGAN: Muhyiddin (kiri) menghadap Sheikh Mohammed di Abu Dbahi kelmarin.
— Gambar Bernama PERKUKUH HUBUNGAN: Muhyiddin (kiri) menghadap Sheikh Mohammed di Abu Dbahi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia