Utusan Borneo (Sarawak)

Barcelona tersingkir dari Liga JuaraJuara di tangan PSG

Perlawanan kedua pusingan 16 akhir itu menyaksika­n Barca tewas agregat 5-2 pada perlawanan di Parc des Princes

-

Kami telah tersingkir, dan itu sahaja yang diambil kira, namun kami bangga kerana berjaya membuat perlawanan ini

” sukar.

Ronald Koeman

Jurulatih Barcelona

PARIS: Lionel Messi menghadiah­kan satu jaringan cantik dan gol penalti yang dibatalkan mengakibat­kan Barcelona untuk kembali ke Liga Juara-Juara buat kali kedua setelah sekian lama dalam perlawanan menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada Rabu, keputusan seri 1-1 melonjakka­n kumpulan Perancis itu ke suku akhir berbekalka­n kemenangan agregat 5-2.

Kylian Mbappe menjaringk­an hatrik untuk PSG dalam kemenangan 4-1 yang menggegark­an Barca pada perlawanan pertama bulan lepas, dan dalam perlawanan kedua ini beliau terus memberi kelebihan buat pasukannya dengan gol penalti pada separuh masa pertama dan menyingkir­kan pasukan juara tempat kedua musim lepas.

Messi mengikat keputusan seri 1-1 dengan serangan daripada 30 meter dan sekali lagi pemain kelahiran Argentina itu berpeluang untuk menyelamat­kan pasukannya dalam sepakan penalti setelah Antoine Griezmann dikasari, namun dihalang Keylor Navas dengan jayanya.

Barcelona mencuba sehabis baik, namun kalah 4-0 dalam perlawanan pertama tetapi kembali merangkul kemenangan 6-1 dalam pertemuaan seterusnya.

Ini merupakan kali pertama mereka tersingkir sebelum menduduki suku akhir sejak 2007, ditambah dengan kekalahan Juventus pada Selasa, kedua-dua Messi dan

Cristiano Ronaldo tidak akan turun padang untuk beraksi dalam perlawanan lapan akhir buat kali pertama sejak 2005.

Walau bagaimanap­un, jurulatih Barcelona Ronald Koeman tetap memuji prestasi anak buahnya yang bertarung dalam keadaan malam sejuk, basah dan berangin di stadium tanpa penonton di Parc des Princes.

“Kami telah tersingkir, dan itu sahaja yang diambil kira dalam sukan ini, namun kami berasa bangga kerana kami berjaya membuat perlawanan ini sukar bagi pihak lawan,” ulas Koeman kepada Movistar Plus.

“Kami layak untuk mendapat lebih, dan keadaan boleh bertukar arah sekiranya kami berjaya meraih 2-1 sebelum separuh masa.

Manakala PSG mara ke suku akhir dan menampilka­n peluang yang lebih cerah daripada musim lepas untuk menjuarai Liga Juara-Juara buat julung kalinya.

Mereka akan merasai cabaran selepas mara ke pusingan seterusnya dalam misi untuk mendominas­i bola sepak Eropah, setelah tiga kekalahan di tangan Barcelona dalam penyingkir­an seri sejak Sukan Qatar Investment­s pada dekad lalu.

Dalam pada itu, kemenangan tetap diraih sungguhpun tanpa Neymar yang mengalami kecederaan pada kedua-dua belah kaki.

Namun selepas permainan rancak dalam pusingan pertama, johan Piala Dunia Perancis itu menghadapi kesukaran dalam perlawanan kembali, dan jurulatih Mauricio Pochettino akan disoal tentang strategi pasukannya.

“Kami layak ke suku akhir dan kami sangat berbesar hati,” katanya kepada RMP Sport.

“Kadangkala dalam bola sepak kamu harus bersedia untuk disakiti.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kedua pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara di antara PSG dan Barcelona di Stadium Parc des Princes di Paris.
— Gambar AFP AKSI SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kedua pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara di antara PSG dan Barcelona di Stadium Parc des Princes di Paris.
 ?? — Gambar AFP ?? HAMPA: Messi memberikan reaksinya pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP HAMPA: Messi memberikan reaksinya pada perlawanan tersebut.
 ??  ?? KOEMAN
KOEMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia