Utusan Borneo (Sarawak)

SESA kenal pasti pemain berpotensi ke SUKMA 2022

-

KUCHING: Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA) telah mengenal pasti pemain berpotensi untuk dipanggil menyertai pasukan sukan elektronik 'Pro Evolution Soccer 2021' (PES21) Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

Menurut Presiden SESA Afiq Fadhli Narawi, pemain-pemain baharu yang berbakat itu dikenal pasti menerusi penganjura­n Kejohanan 'MYSS EFootball PES 21 Stay At Home' 2021.

"Kejohanan ini merupakan usaha pihak Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak dengan kerjasama SESA dalam melahirkan atlet esukan profesiona­l melalui platform pencarian bakat di peringkat akar umbi.

"Semua peserta telah menampilka­n bakat masingmasi­ng yang saya boleh katakan sangat memberangs­angkan dan kita telah mengenal pasti antara bakatbakat baharu daripada kejohanan ini yang mana mereka akan diserapkan ke dalam program pembanguna­n yang akan dikelolaka­n oleh SESA," katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, PES21 ini adalah salah satu kategori acara esukan yang akan dipertandi­ngkan pada SUKMA 2022 di Johor kelak.

Sementara itu, Jurulatih SESA Syazwan Heikle Bakry berkata, pemain-pemain berpotensi ini akan dipanggil menyertai pasukan sukan elektronik PES21 SUKMA.

"Kebanyakan daripada mereka menunjukka­n kemahiran yang baik dalam perlawanan serta mempunyai idea-idea tersendiri," ujarnya.

Kejohanan 'MYSS EFootball PES 21 Stay At Home' 2021 melabuhkan tirai pada 7 Mac lepas disertai 104 peserta dalam merebut hadiah terkumpul berjumlah RM10,000.

Kategori 1 VS 1, tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing dimenangi George Buma Philip, Muhammad Farhan Mat Ripin dan Alif Zulhaikal.

Manakala kategori 2 VS 2 pula, johan dimenangi Muhammad Arish Syameer dan Syamin Bahrin, naib johan dimenangi Mohd Ehsan Wahab dan Syafiq Qawiem, tempat ketiga Barry Joshua dan Greg Simon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia