Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool mara ke suku akhir Liga Juara-Juara

-

BUDAPEST: Liverpool melangkah selesa ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0 ke atas RB Leipzig di Budapest pada Rabu hasil dua gol dalam separuh masa kedua sekaligus meningkatk­an agregat kemenangan The Reds kepada 4-0.

Seperti dalam perlawanan pertama, gandingan duo Mohamed Salah dan Sadio Mane merancakka­n permainan seawal minit ke empat dan menghidupk­an kembali harapan skuad kemegahan Eropah itu dan mara musim ini.

Selepas enam kekalahan berantai di Anfield, anak buah Jurgen Klopp kini lega mahupun di tempat lawan, dan perlawanan kedua juga diadakan di Hungary ekoran polisi COVID-19 yang mengehadka­n perjalanan.

Sungguhpun The Reds terus membuat serangan cubaan seawal sepakan permulaan, mereka tersasar beberapa percubaan sepanjang separuh masa pertama.

Dari tendangan sisi, tandukan Diogo Jota berpeluang untuk mencatatka­n gol pertama pada minit ke-18, namun tandukan beliau menuju terus ke tangkapan penjaga gol Peter Gulacsi lalu ditepis keluar pintu gol.

Setengah jam dalam permainan, gerak geri Salah yang gopoh gagal untuk menghasilk­an gol jarak dekat yang pada mulanya dilorong oleh Trent Alexander-Arnold dari belah pihak lawan dan tendangan tepat oleh Mane.

Gol yang hampir itu telah membuka mata pasukan Jerman yang kini bangkit dan cuba melangkaui bahagian Liverpool dan berjaya mengukir peluang buat kumpulan mereka.

Pada minit ke-32 Kevin Kampl mencuba nasib dari jauh untuk mata permulaan namun dihalang oleh Alisson Becker, dan seminit kemudian pemain penyerang Leipzig Emil Forsberg, kembali dari kecederaan lalu membuat percubaan tetapi tersasar.

Leipzig yang setakat ini memenangi enam Bundesliga berturut-turut, resah dalam perlawanan di Budapest dan terdesak untuk mendapatka­n gol melawan Liverpool tetapi terus hambar pada separuh masa kedua.

Sungguhpun pasukan bimbingan Julian Nagelsmann telah menjatuhka­n Tottenham tahun lepas dan mengalahka­n Manchester United musim ini semasa peringkat kumpulan, peluang agak tipis untuk mereka menewaskan

Liverpool kali ini.

Peluang terakhir mereka pada minit ke-65 menyaksika­n tandukan lemah Alexander Sorloth melingkari jari Alisson dan dimuntahka­n keluar pintu gol.

Sejurus selepas itu Salah dan Mane membelasah pasukan lawan lalu memastikan skuad mereka layak ke pusingan lapan akhir.

Pada minit ke 70 pemain kelahiran Mesir membuka mata pendahulu dengan jaringan gol melepasi Gulacsi, diikuti Mane hanya empat minit kemudian dengan bola yang diumpan oleh pemain ganti Divock Origi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Babak aksi perlawanan kedua pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara di antara Liverpool dan RB Leipzig di Puskas Arena.
— Gambar AFP RANCAK: Babak aksi perlawanan kedua pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara di antara Liverpool dan RB Leipzig di Puskas Arena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia