Utusan Borneo (Sarawak)

Ligue 1: Marseille tundukkan Rennes 1-0

-

MARSEILLE: Jorge Sampaoli membangkit­kan impian pasukan bimbingann­ya Marseille pada Rabu dengan kemenangan 1-0 kepada Rennes, hasil sumbangan pemain ganti Michael Cuisance melalui tandukan lewat.

Bekas jurulatih Argentina dan Chile, Sampaoli mengangkat pasukan lemah itu daripada kekalahan dan menempatka­n mereka di Ligue 1, dalam pada yang sama hanya dengan dua kemenangan daripada 14 permainan ditambah dengan keputusan seri yang memalukan berhadapan kumpulan amatur Canet Roussillon dalam Piala Perancis hujung minggu lalu.

“Kami tidak dapat melakukan semuanya hanya dalam dua hari. Masih banyak yang perlu diperbaiki,” kata Sampaoli, yang menjaga Andre Villas-Boas sebagai jurulatih tetap, menggantik­an tempat Nasser Larguet.

“Ia amat penting untuk mendapatka­n semula keyakinan dan identiti bermain.

“Ia juga amat penting untuk mengenal pasti bahawa kita mewakili siapa dan kita bermain untuk siapa bagi menetapkan arah tuju.”

Renes kini menuruni anak tangga akibat kekalahan lima kali berturut-turut dalam perlawanan liga.

Kedua-dua pasukan yang bergelut itu dengan berusaha sepanjang perlawanan mereka di Stade Velodrome, dengan hanya empat hantaran pada sasaran bagi kedua-dua skuad.

Namun Sampaoli menukar rentak permainana pada lewat perlawanan dan membuahkan hasil.

Pemain pinjaman Bayern Munich, pemain tengah Cuisance berada di posisi yang tepat pada masa yang tepat ketika minit ke-88, menanduk masuk bola yang dilorong oleh pemain ganti Luis Henrique yang merupakan jaringan pertamanya dalam Liga 1.

Keputusan itu mengangkat nama Marseille ke tangga keenam, hanya dua mata di belakang pasukan kelima Lens untuk layak ke permainan sulung Liga Europa. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Marseille dan Rennes di Velodrome.
— Gambar AFP SENGIT: Babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Marseille dan Rennes di Velodrome.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia