Utusan Borneo (Sarawak)

Federer tonjolkan aksi hebat selepas setahun ‘menyepi’

-

DOHA: Roger Federer berkata beliau ‘tidak kisah tentang keputusan’ selepas memenangi perlawanan pertama beliau sejak lebih dari setahun pada Rabu apabila kembali dari kecederaan untuk menewaskan pemain Britain, Dan Evans pada kejohanan Terbuka Qatar.

Federer, 39, yang menjalani dua pembedahan lutut pada 2020, berkata ia “berasa hebat untuk kembali ke gelanggang sekali lagi... ia akan memberikan saya banyak jawapan”.

“Ia pastinya menarik untuk melihat bagaimana perasaan saya esok,” tambah beliau berikutan dengan pertarunga­n selama dua jam dan 24 minit sebelum menewaskan Evans 7-6(10/8), 3-6 dan 7-5.

Jaguh dari Switzerlan­d itu belum bermain satu perlawanan sejak tewas di peringkat separuh akhir Terbuka Australia 2020 kepada Novak Djokovic – atau 450 hari yang lalu – dan menyedari bahawa ia adalah jarang untuk seorang pemain pada usia seperti beliau untuk kembali beraksi selepas kecederaan.

“Saya sangat gembira dengan cara saya menangani saat sukar ini, saya tidak fikir permainan saya mulai lemah,” kata beliau.

Federer dipaksa berhempas pulas dengan menyelamat­kan satu mata set pada set pertama menentang lawan yang sebelum ini adalah rakan latihannya.

“Ia adalah lawan pusingan pertama yang sukar dan apa yang menarik ialah saya pernah berlatih dengan beliau untuk beberapa minggu yang lalu,” kata Federer.

Evans, 30, berkata bahawa “ia adalah jelas beliau disingkirk­an tetapi merasakan Federer masih menunjukka­n kenapa beliau adalah seorang pemain yang hebat.”

Ketika Federer tidak beraksi, Rafael Nadal menyamai rekod memenangi 20 kejuaraan Grand Slam beliau apabila memenangi Terbuka Perancis buat kali ke-13 lewat tahun lepas.

Djokovic juga memenangi kejuaraan Terbuka Australia buat kali kesembilan bulan lepas untuk menghampir­i cabaran dengan 18 kejuaraan Grand Slam.

Federer menegaskan pemulihan dari pembedahan lutut beliau “sudah sembuh sepenuhnya” menjelang kembali beraksi dalam perlawanan kompetetif.

“Ia satu perjalanan yang jauh dan sukar bagi saya,” kata beliau.

“Untuk kembali bermain pada usia saya ketika ini bukannya mudah.”

Pada perlawanan menarik lain, pilihan pertama kejohanan, Dominic Thiem, juga memerlukan tiga set untuk menewaskan Aslan Karatsev dari Rusia 6-7(5/7), 6-3 dan 6-2. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEKAL: Federer menyapa penonton yang hadir menyaksika­n perlawanan­nya menentang Evans dalam Terbuka Qatar di Doha.
— Gambar AFP CEKAL: Federer menyapa penonton yang hadir menyaksika­n perlawanan­nya menentang Evans dalam Terbuka Qatar di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia