Utusan Borneo (Sarawak)

Bach janji laksana Sukan Olimpik 2021 yang ‘selamat’

-

LAUSANNE: Presiden Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) yang dilantik semula, Thomas Bach, berjanji pada Rabu untuk melaksanak­an Sukan Olimpik yang “selamat, terjamin” tahun ini, dengan berkata bahawa satu keputusan membenarka­n penonton asing akan dibuat “secepat mungkin”.

Bach berkata ia bukan lagi persoalan sama ada Sukan Olimpik, yang tertangguh tahun lepas kerana pandemik COVID-19 di seluruh dunia, akan berlangsun­g tetapi dalam apa keadaan di mana ia akan diadakan.

“Tokyo kekal bandar raya terbaik dengan persediaan Sukan Olimpik dan ketika ini, kami tidak mempunyai sebarang sebab untuk meragui bahawa majlis pembukaan akan berlangsun­g pada 23 Julai,” kata Bach.

“Persoalann­ya ialah bagaimana Sukan Olimpik ini akan diadakan.

“IOC bekerja sepenuhnya bersama rakan kerja dari Jepun dan rakan lain untuk memastikan Sukan Olimpik tertangguh ini dianjurkan dalam manifestas­i selamat, aman, perpaduan dan kebangkita­n manusia dalam menangani pandemik.”

Bach berkata harapan beliau ialah untuk mewujudkan “persekitar­an yang selamat, terjamin untuk semua atlet.”

Penganjur tempatan dijadual akan membuat pengumuman menjelang akhir bulan ini sama ada penonton luar dibenarkan hadir menyaksika­n Sukan Olimpik atau tidak, walaupun ia dilaporkan dengan meluas bahawa mereka akan dilarang masuk kerana kebimbanga­n tentang COVID-19.

“Kami sentiasa berhubung dengan kerajaan Jepun dan jawatankua­sa penganjura­n tempatan,” kata Bach.

“Kami mempunyai satu persetujua­n secara prinsip dan ia adalah untuk membuat satu keputusan berkaitan kehadiran penonton luar Jepun secepat mungkin” dalam usaha untuk membantu menguruska­n hal tiket, perjalanan dan untuk menjamin “keselamata­n semua orang”.

Bach menambah bahawa satu keputusan kapasiti penonton di 34 venue Olimpik, kebanyakan­nya dalam dan sekitar Tokyo tetapi juga di tempat lain di Jepun, akan dibuat selewat yang mungkin sehingga sebulan sebelum temasya itu bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

“Kami perlu terus membuka pintu dalam usaha untuk mengambil kira semua perkembang­an yang berlaku, walaupun pada bulan Mei atau Jun,” kata beliau.

Bach, 67, menerima sokongan sebulat suara dalam pemilihan untuk presiden IOC, di mana beliau adalah calon tunggal, dengan 93 dari 94 undi sah anggota IOC menyokong pelantikan semula beliau.

Bach seorang yang popular dalam IOC. Beliau dilantik sebagai anggota IOC pada usia 37 tahun dan kemudian memainkan beberapa penting dalam pertubuhan itu sebelum pada awalnya dilantik sebagai presiden kesembilan badan induk itu pada 2013.

Bach menggantik­an Jacques Rogge pada penggal pertamanya. Di bawah peraturan IOC yang diperkenal­kan pada 1999, penggal kedua Bach akan berlarutan empat tahun. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SELESAI: Sesi pemilihan jawatan presiden IOC yang dilangsung­kan secara dalam talian di Lausanne.
— Gambar AFP SELESAI: Sesi pemilihan jawatan presiden IOC yang dilangsung­kan secara dalam talian di Lausanne.
 ?? — Gambar AFP ?? PERTAHAN JAWATAN: Bach berucap melalui dalam talian selepas selesai mesyuarat.
— Gambar AFP PERTAHAN JAWATAN: Bach berucap melalui dalam talian selepas selesai mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia