Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak miliki pusat pemulihan kecederaan atlet prestasi tinggi

-

KUCHING: Sarawak bernasib baik kerana mempunyai pusat pemulihan khusus sukan untuk membantu atletnya pulih dari kecederaan sukan.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan berkata, Sarawak adalah salah satu daripada beberapa negeri yang mempunyai pusat pemulihan prestasi tinggi.

“Ia bertujuan membantu atlet yang cedera untuk pulih dengan segera dan selamat daripada kecederaan berkaitan dengan sukan dan kembali ke prestasi puncak.

“Pusat pemulihan berprestas­i tinggi ditubuhkan oleh Perbadanan Sukan Sarawak Sarawak (SSC) di bawah Unit Prestasi Tinggi (HPU) dengan kerjasama Rehab Concept di Pandelela Rinong Aquatic Center,” ujarnya.

Snowdan berkata, operasi awal pusat ini dimulakan pada Januari tahun lalu dan sejak itu, ia telah membantu seramai 109 atlet daripada 23 jenis sukan.

“Rehab Concept telah menyokong SSC sejak SUKMA Sarawak pada 2016 dan atlet negeri telah mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmat­an fisioterap­i.

“Sebahagian daripada mereka bahkan telah menjadi pemenang podium dan disenaraik­an ke dalam skuad kebangsaan,” katanya selepas melancarka­n pusat pemulihan tersebut kelmarin.

Tambah beliau, kecederaan sukan yang biasa berlaku adalah masalah belakang, seliuh dan ketegangan ligamen, kecederaan ligament ACL (Anterior Cruciate Ligament) dan koyakan meniskus, ketegangan otot dan tendonitis di bahu atau otot kaki yang berlainan.

Justeru menurutnya, pemulihan selepas kecederaan adalah penting untuk membantu atlet yang cedera kembali meneruskan latihan secepat mungkin.

“Ia selari dengan mewujudkan kesedaran mengenai pencegahan kecederaan dan juga memperoleh prinsip biomekanik yang baik melalui proses tersebut,” tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai pusat pemulihan tersebut, Snowdan berkata ia sangat penting kerana Sarawak mahu atlet yang bebas daripada kecederaan dan bersedia untuk memberikan cabaran kuat pada SUKMA Johor tahun depan dan dalam pertanding­an lain.

Tambah beliau, kerjasama di antara SSC dan Rehab Concept menjadi sebahagian daripada landasan yang akan membantu Sarawak mencapai visi dan misinya untuk menjadi kuasa sukan negara menjelang 2024.

Pusat pemulihan berprestas­i tinggi dikendalik­an oleh pasukan pakar fisioterap­i muskuloske­letal yang berpengala­man serta ahli terapi sukan dari Rehab Concept.

Ia dilengkapi dengan peralatan yang diimport dari Amerika Syarikat yang bernilai sekitar RM150,000.

Setelah atlet pulih daripada kecederaan­nya, mereka dirujuk kepada pasukan ‘Strength and Conditioni­ng HPU’ untuk program ‘Return to Sport.’

Hadir sama Pemangku Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Nancy Jolhi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSC Dr Ong Kong Swee, Pengurus HPU Andre Richards dan Fisioterap­i Kanan Rehab Concept Eu Se Kwang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia