Utusan Borneo (Sarawak)

USAHA BANGUNKAN NEGARA TANGGUNGJA­WAB SEMUA KAUM

PSB komited mewujudkan masyarakat yang bekerjasam­a secara harmoni, bantu rakyat terjejas akibat pandemik: Wong

- Oleh Reno Benjamin

“Namun, jika wujud perasaan bimbang dan terasing, ini tidak baik untuk pembanguna­n negara. Ini boleh menjurus kepada perpecahan kaum dan sebagainya. ”

Dato Sri Wong Soon Koh Presiden PSB

SIBU: Presiden Parti SarawakBer­satu(PSB)Dato Sri Wong Soon Koh berkata, usaha membangunk­an negara ini merupakan tanggungja­wab bersama semua kaum.

“Usaha membangunk­an negara ini terletak di bahu semua kaum, dengan semua komuniti bekerjasam­a secara harmoni.

“Namun, jika wujud perasaan bimbang dan terasing, ini tidak baik untuk pembanguna­n negara. Ini boleh menjurus kepada perpecahan kaum dan sebagainya,” ujarnya.

Wong yang juga ADUN Bawang Assan berkata demikian ketika melancarka­n Pasukan Petugas PSB Kawasan Tengah di Pejabat PSB Bawang Assan, kelmarin.

Menurut Wong, Pasukan Petugas PSB mahu mencari sebab mengapa kaum Cina selama ini menyokong pembangkan­g dan bukannya kerajaan.

“Menyelesai­kan rasa tidak puas hati rakyat terutama dalam kalangan masyarakat Cina terhadap kerajaan merupakan isu yang akan kita cuba lihat,” katanya.

Untuk itu katanya, sesi dialog yang akan diadakan memberi peluang kepada rakyat menyuaraka­n perasaan mereka serta kekurangan yang ada.

“Dari situ, kita akan mencari jalan penyelesai­an seterusnya membantu mewujudkan masyarakat yang gembira serta harmoni,” jelas beliau.

Bagi Sibu ujar Wong, kajian bagi sesetengah isu atau masalah telah dijalankan seperti kesesakan lalu lintas dan rancangan tebatan banjir.

PSB katanya, telah melantik perunding bagi melakukan kajian dan telah tampil dengan perancanga­n bagi mengatasi masalah serta anggaran kos bagi projek terbabit.

Di samping itu, PSB jelas Wong tidak hanya memberi perhatian kepada soal pembanguna­n, tetapi juga kehidupan rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Pasukan kita sedang membuat perancanga­n menyeluruh dan mencari jalan bagaimana hendak melaksanak­annya untuk membangunk­an semua ekonomi, bagaimana hendak menyelamat nyawa, pekerjaan dan perniagaan.

“Namun, apa yang paling penting bagaimana kita mahu memastikan setiap keluarga yang terjejas akibat COVID19 mempunyai makanan untuk dimakan,” tegas Wong.

Pasukan Petugas Kawasan Tengah terdiri daripada Pengerusi PSB Pelawan Kapitan Datuk Janet Lau, Pemangku Pengerusi PSB Dudong Kong Tze Ling, Pemangku Pengerusi PSB Bukit Assek Andrew Ting Kee Nguan, calon potensi Pelawan Dr Low Chong Nguan serta calon potensi Bukit Assek Dr Ling Sien Ngan.

Ahli-ahli lain terdiri daripada Lau Chung Lii, Chin Su Meng, Wong Hii Ping dan Penghulu Chan Bak Yaw.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN PETUGAS: Wong (duduk, empat kiri) bersama Pasukan Petugas PSB Kawasan Tengah yang terdiri daripada (duduk, dari kiri) Kong, Dr Low, Janet, Ling dan Ting serta (berdiri, dari kiri) Chung Lii, Chin, Hie Ping dan Chan.
PASUKAN PETUGAS: Wong (duduk, empat kiri) bersama Pasukan Petugas PSB Kawasan Tengah yang terdiri daripada (duduk, dari kiri) Kong, Dr Low, Janet, Ling dan Ting serta (berdiri, dari kiri) Chung Lii, Chin, Hie Ping dan Chan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia