Utusan Borneo (Sarawak)

PERTANDING­AN E-SUKAN DIIKTIRAF

Real Deal Gewinn Poomsae Internatio­nal E-sport Challenge 2021 landasan pelajar memotivasi, melatih diri

- Oleh Abang Ismail Abang Su'ud

BINTULU: Kelab Sukan Elektronik Gewinn Malaysia Kementeria­n Pendidikan Malaysia mengiktira­f aktiviti ekstrakuri­kular pelajar menyertai Real Deal Gewinn Poomsae Internatio­nal E-sport Challenge 2021 pada 25 hingga 30 Januari lalu.

Ketua jurulatihn­ya, Shen Qiting berkata pertanding­an sukan elektronik tajaan kelab terbabit dianjurkan susulan kebanyakan aktiviti dan sukan-sukan fizikal tidak dapat diadakan bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) mengekang pandemik COVID-19.

Begitupun, jurulatih persatuan-persatuan taekwondo dalam dan luar negara mengadakan perbincang­an dan mengambil kata putus mengadakan pertanding­an itu supaya pelajar bidang taekwondo mempunyai landasan memotivasi dan melatih diri sukan itu.

"Sebilangan besar pertanding­an domestik diadakan Kementeria­n Pendidikan disertai pelajar memperoleh­i kredit daripada aktiviti ekstrakuri­kular sekolah itu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pada pertanding­an luar negara, pelajar berpeluang memperoleh­i pengalaman dan kemajuan sehingga mereka dapat mengasah bakat dalam arena taekwondo antarabang­sa pada masa hadapan.

Sepanjang tahun lalu, persatuan mengambil bahagian dalam 10 pertanding­an dalam dan luar negara berjaya meningkat keyakinan pelajar.

"Saya berharap pada masa akan datang, persatuan ini juga akan berkembang dalam sukan taekwondo serta berharap wabak ini berakhir supaya aktiviti dan pembelajar­an secara fizikal sukan taekwondo dapat diadakan semula," jelasnya.

Beliau berterima kasih kepada pengetua, guruguru dan ibu bapa pelajar atas sokongan dan kerjasama mereka memberi peluang

“Sebilangan besar pertanding­an domestik diadakan Kementeria­n Pendidikan disertai pelajar memperoleh­i kredit daripada aktiviti ekstrakuri­kular sekolah itu. ”

Shen Qiting Ketua jurulatih Kelab Sukan Elektronik Gewinn Malaysia

kepada pelajar menyertai pertanding­an tersebut.

Seorang lagi Ketua jurulatih, Sim Kee Tin dan penolongny­a Kong Kah Zheng turut berpendapa­t pertanding­an sukan elektronik itu merupakan aktiviti berfaedah bagi pelajar tidak dapat menyertai pertanding­an secara fizikal.

Berikut merupakan pelajar memenangi pingat pada pertanding­an Real Deal Gewinn Poomsae Internatio­nal E-sport Challenge 2021itu di bawah Persatuan Taekwondo Bahagian Bintulu.

Dari SMK Tatau ialah Muhammad Syahmi Shariee (emas lelaki 15-17 tahun), Khairi Kadir (perak lelaki 15-17 tahun), Khairunnis­a Fakira Kadir (perak wanita 12-14 tahun) dan Gary Koh Zherong (perak lelaki 15-17 tahun).

SMK Subis Batu Niah (perwakilan Super Junior High-three) terdiri Liew Zhi

Fan (emas lelaki 15-17 tahun), Liew Jin Jin (emas wanita 1214 tahun) dan Wong Jia Hui (emas wanita 15-17 tahun).

SMK Bandar Bintulu terdiri Mohammad Hafiz Abdullah (emas lelaki 15-17 tahun), Lin Xiao Xin (emas wanita 12-14 tahun) dan Nur Mushidah (emas wanita 12-14 tahun).

SMK Bintulu Junior seorang wakil iaitu Lim Ker Chien (emas wanita 15-17 tahun), SK TATAU seorang wakil, Carlos Saba Giri (gangsa lelaki 10-11 tahun), SK Sungai Tisang Bintulu iaitu Ahmad Nashrullah (gangsa lelaki 12-14 tahun).

SJK Sebiew Chinese Bintulu terdiri Lin Xiao Xuan (emas wanita 12-14 tahun), Lin Jia Chien (emas 6-8 tahun wanita), Nur Rayhana Delisha Abdul Latip (emas wanita 9-11 tahun), Aron Alwyn Manan Thomas (perak lelaki 9-11 tahun) dan Lin Jia Yang (gangsa lelaki 9-11 tahun).

SJK Chung Hua Bintulu terdiri Lim Wei Heng (kelima lelaki 12-14 tahun), SJK Siong Boon Bintulu, Harizah Hii Muhammad Hanif (perak wanita 12-14 tahun).

 ??  ??
 ??  ?? EMAS: Hafiz pemenang pingat emas sukan elektronik.
EMAS: Hafiz pemenang pingat emas sukan elektronik.
 ??  ?? UNGGUL: Ling Xiao Xin pemenang pingat emas.
UNGGUL: Ling Xiao Xin pemenang pingat emas.
 ??  ?? JUARA: Ling Xiao Xin pemenang pingat emas.
JUARA: Ling Xiao Xin pemenang pingat emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia