Utusan Borneo (Sarawak)

CUCKOO bantu 300 keluarga terjejas banjir di Pahang

100 tilam dan 300 set barangan keperluan disumbang kepada mereka menerusi Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA)

-

KUANTAN: Healthy Home Creator (Pencipta Rumah Sihat), CUCKOO Internatio­nal (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO Internatio­nal) telah menyumbang­kan sebanyak 100 tilam (saiz King dan Queen) serta 300 set barangan keperluan kepada mangsa banjir di Pahang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO, Hoe Kian Choon (KC Hoe) berkata, inisiatif itu merupakan salah satu usaha program komuniti syarikat, iaitu ‘CUCKOO Love, Care Project’ bagi menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir yang juga terjejas akibat wabak COVID-19 untuk membersihk­an dan membina semula kediaman mereka.

Jelasnya, sumbangan ini telah disampaika­n kepada Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), yang merupakan yayasan amal bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Tambah KC Hoe, dengan bantuan YASA, kesemua barangan yang disumbang telah diedarkan kepada mangsa banjir di Lanchang, Bukit Tinggi, Kuantan dan Indera Mahkota.

Dengan visi #SAMASAMA membantu, kami berharap bahawa sumbangan yang dihulurkan dapat memberi mangsa banjir kelegaan kewangan dan seterusnya dapat membantu mereka yang terjejas untuk membina semula kediaman mereka.

“Inisiatif ini merupakan usaha berterusan kami sebagai Healthy Home Creator (Pencipta Rumah Sihat) agar dapat membantu semua Rakyat Malaysia memiliki kediaman yang lebih selamat dan gembira dan sihat, katanya dalam kenyataan.

Antara barangan yang disumbangk­an, LSK Group Berhad, iaitu pakar pembuatan tilam lateks telah menyumbang 100 tilam yang juga dibersihka­n secara profesiona­l oleh Pasukan Servis CUCKOO+ dengan servis pembersiha­n tilam WonderKlea­n.

Manakala 300 set barangan keperluan pula mengandung­i cerek CUCKOO (CUCKOO Thermal Pot), beras, biskut, mi segera dan barangan-barangan keperluan lain.

Mengenai ‘CUCKOO

“Dengan bantuan YASA, kesemua barangan yang disumbang telah diedarkan kepada mangsa banjir di Lanchang, Bukit Tinggi, Kuantan dan Indera Mahkota. ”

Hoe Kian Choon Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO

Love, Care Project’, beliau memberitah­u, ia merupakan usaha program komuniti CUCKOO yang berlanjuta­n bagi membawa impak positif kepada komuniti tempatan.

“Di bawah program ini, CUCKOO telah giat menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir dan komuniti-komuniti yang memerlukan bantuan,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? SUMBANG: Sebagai salah satu inisiatif komuniti syarikat, iaitu ‘CUCKOO Love, Care Project’, 300 set barangan keperluan telah diedarkan kepada mangsa banjir di Pahang menerusi Yayasan AlSultan Abdullah.
SUMBANG: Sebagai salah satu inisiatif komuniti syarikat, iaitu ‘CUCKOO Love, Care Project’, 300 set barangan keperluan telah diedarkan kepada mangsa banjir di Pahang menerusi Yayasan AlSultan Abdullah.
 ??  ?? BANTU: Setiap tilam yang disumbang oleh LSK Group Berhad, telah dibersihka­n secara profesiona­l oleh Pasukan Servis CUCKOO+ dengan servis pembersiha­n tilam WonderKlea­n.
BANTU: Setiap tilam yang disumbang oleh LSK Group Berhad, telah dibersihka­n secara profesiona­l oleh Pasukan Servis CUCKOO+ dengan servis pembersiha­n tilam WonderKlea­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia