Utusan Borneo (Sarawak)

PPRMS bantu bina rumah panjang

Kerajaan negeri salur peruntukan RM1 juta kepada setiap DUN

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

TATAU: Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini diperuntuk­kan RM1 juta oleh kerajaan negeri untuk Projek Penambahba­ikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) serta membantu penduduk khususnya yang sedang membina rumah panjang baharu.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, di Kakus peruntukan yang diberikan berupa bantuan bahan binaan bernilai RM2,000 hingga RM2,500 sepintu yang merangkumi atap spandek, batu-bata dan sebagainya.

“Bantuan seperti ini amat berguna untuk penduduk di luar bandar dan rumah-rumah panjang sekali gus berharap ia akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu semasa meninjau pelaksanaa­n PPRMS di DUN Kakus, baru-baru ini.

Beliau berkata, peruntukan RM1 juta itu diberikan secara berperingk­at yang mana untuk pemberian fasa pertama berjumlah RM500,000 dan

fasa kedua RM500,000 lagi.

“Kita menyaranka­n agar peruntukan ini diberi sekali gus untuk memastikan kelancaran projek terbabit memandangk­an ia melibatkan

logistik dan kawasan yang luas di luar bandar,” katanya.

Sikie turut berharap projek itu akan memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan

Kakus khasnya untuk projek naik-taraf jalan dan projek tapak rumah panjang.

Sementara itu, setiap ADUN Sarawak diperuntuk­kan RM5 juta setahun untuk melaksanak­an projekproj­ek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) di kawasan masingmasi­ng.

Terdahulu, beberapa projek yang diperiksa dan ditinjau Sikie baru-baru ini membabitka­n projek RTP merata tapak Rumah Gansa Daling Sungai Tau, Ulu Anap; menaik taraf jalan Rumah Jeli, Sungai Muput dan merata tapak Rumah Jelia, Jalan Sangan, Merit.

Diikuti PPRMS Rumah Tedung dan Rumah Jampis, Jalan Sangan, Merit; menaik taraf atau pembesaran tapak rumah panjang untuk Rumah Rawing Mejau dan Rumah Pandong, Kakus; menaik taraf jalan Rumah Enjan Gos, Nanga Biban, Tatau dan menaik taraf jalan hadapan Rumah Dickson Pedas, Jalan Tatau, Sangan.

Turut mengiringi lawatan dan tinjauan itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong dan Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu Ngu Tie Hua.

“Bantuan seperti ini amat berguna untuk penduduk di luar bandar dan rumah-rumah panjang sekali gus berharap ia akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang.”

Datuk John Sikie Tayai Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera)

 ??  ??
 ??  ?? MANFAAT RAKYAT: Sikie (kiri) semasa meninjau PPRMS sebuah rumah panjang di kawasan Kakus.
MANFAAT RAKYAT: Sikie (kiri) semasa meninjau PPRMS sebuah rumah panjang di kawasan Kakus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia