Utusan Borneo (Sarawak)

PKPB DI SARAWAK DILANJUTKA­N DARI 16 HINGGA 29 MAC

-

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak akan dilanjutka­n selama 14 hari bermula 16 hingga 29 Mac ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, keputusan JPBNS itu dibuat selepas melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak masih tinggi.

“JPBNS telah memutuskan untuk melanjutka­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak berkuat kuasa 16 Mac jam 12.01 pagi hingga 29 Mac 2021 jam 11.59 malam (14 hari),” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, semalam.

Selain itu, Uggah turut mengumumka­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2 di Sibu ditamatkan, semalam.

Katanya, JPBNS menamatkan PKPD di skim penempatan berkenaan memandangk­an keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif baharu.

“Di samping itu, tiada bukti yang menunjukka­n jangkitan masih menular di kawasan tersebut.

“Jawatankua­sa ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada semua agensi dan penduduk kampung atas kerjasama menjayakan PKPD ini,” katanya.

Mengenai kes baharu, Uggah berkata semalam terdapat 173 kes COVID-19 dikesan di Sarawak dengan Daerah Sibu merekodkan kes tertinggi iaitu 71.

Sementara itu di Miri (19), Bintulu (16), Kuching (15), Meradong (10), Serian (9), Julau (7), Kapit (5), Tanjung Manis (5), Betong (3), Belaga (2), Mukah (2), Sri Aman (2), Subis (2), Telang Usan (2), Dalat (1), Samarahan (1) dan Sarikei (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 12,051 kes.

“Daripada 173 kes baharu yang dilaporkan, hanya 19 orang atau 10.98 peratus yang menunjukka­n tandatanda dan mengalami tanda-tanda jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia