Utusan Borneo (Sarawak)

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT NELAYAN TIADA PERMIT GUNA KRU WARGA ASING

-

MIRI: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) Kelas C yang didapati gagal mengemukak­an permit menggunaka­n kru warga asing yang sah di sini, kelmarin.

Semasa ditahan, bot terbabit disyaki sedang melakukan aktiviti perikanan pada jarak lebih kurang 12 batu nautika dari barat laut Tanjung Lobang.

Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, bot tersebut ditahan aset Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Ops Permai di sekitar perairan Miri pada jam lebih kurang 1.15 petang.

“Bot itu dikendalik­an empat kru termasuk tekong, yang mana tiga daripadany­a warganegar­a Indonesia dan seorang lagi warga tempatan yang berumur antara 25 dan 44 tahun.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut, bot tersebut didapati tidak mempunyai permit menggunaka­n kru warga asing yang sah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Md Fauzi berkata kesemua kru, bot dan peralatan menangkap ikan kemudianny­a ditahan dan diiring ke Jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV) Zon Maritim Miri untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melanggar syarat pada lesen kerana permit menggunaka­n atau menggaji kru warga asing yang telah tamat tempoh,” tambah Md Fauzi.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim terutamany­a nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang serta syarat sah lesen dan mengutamak­an keselamata­n apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamata­n.

Orang ramai disaran menghubung­i Pusat Operasi Zon Maritim Miri menerusi talian 084-613292 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

 ??  ?? DITAHAN: BNT Kelas C yang ditahan Maritim Malaysia kelmarin.
DITAHAN: BNT Kelas C yang ditahan Maritim Malaysia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia