Utusan Borneo (Sarawak)

Lagi kejayaan PGA dalam Ops Benteng

Rampas minuman keras tiada cukai di Lundu, patah cubaan seludup PATI di Tebedu

- Oleh Jeremy Lanson

“Susulan itu, anggota operasi kemudian bertindak menahan pemandu lori terbabit dan merampas minuman keras serta lori berkenaan yang dianggarka­n keseluruha­nnya mencecah RM145,746.

SAC Mancha Ata Komander PGA Briged Sarawak

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 395 karton minuman keras disyaki tiada cukai kastam menerusi Ops Benteng pada Rabu lepas.

Komanderny­a SAC Mancha Ata berkata, terdahulu anggotanya menahan sebuah lori di kawasan ladang sawit di Kampung Raso, Lundu sekitar 5.30 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mendapati lori yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun itu membawa muatan minuman keras.

“Lori tersebut ketika ditahan sedang menghala ke arah

sempadan Malaysia-Indonesia dan hasil pemeriksaa­n didapati ia membawa minuman keras pebagai jenama yang disyaki tidak bercukai.

“Susulan itu, anggota operasi kemudian bertindak menahan pemandu lori terbabit dan merampas minuman keras serta lori berkenaan yang dianggarka­n keseluruha­nnya mencecah RM145,746,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, tangkapan dan rampasan kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu untuk tindakan selanjutny­a.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, PGA Briged Sarawak juga merekodkan kejayaan apabila berjaya menghalang cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup masuk 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kampung Tesu Kura, Tebedu.

Mancha memberitah­u, terdahulu pihaknya menahan sebuah van yang dilihat mencurigak­an sekitar jam 8 malam Selasa lepas.

“Hasil pemeriksaa­n terdapat seorang lelaki tempatan disyaki ‘tekong darat’ bersama enam lelaki dewasa, tiga wanita (dewasa) dan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia lingkungan lapan hingga 30 tahun dalam van tersebut.

“Mereka semua kemudian ditahan dan diserahkan kepada IPD Serian untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Tambahnya juga, van bernilai sekitar RM99,837 yang digunakan untuk mengangkut PATI terbabit turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15 Akta ATIPSOM, Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959(Akta 155) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342).

 ??  ?? TERBONGKAR: PATI yang ditangkap bersembuny­i di dalam van tersebut.
TERBONGKAR: PATI yang ditangkap bersembuny­i di dalam van tersebut.
 ??  ?? TUMPAS: Lori yang membawa minuman keras disyaki tidak bercukai.
TUMPAS: Lori yang membawa minuman keras disyaki tidak bercukai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia