Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki nafi cederakan, kurung pengawal keselamata­n ladang dibenar ikat jamin

-

MIRI: Seorang lelaki diperintah­kan Mahkamah Sesyen supaya dibebas dengan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan mencederak­an dan mengurung secara salah seorang pengawal keselamata­n ladang.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 April depan untuk pengurusan kes di Mahkamah Majistret Batu Niah.

Pada masa sama, mahkamah turut menetapkan 26 April depan untuk sebutan kes bagi tertuduh kedua hingga kelima yang gagal hadir semalam kerana kawasan kediaman mereka dikenakan perintah sekatan pergerakan.

Rusty Wat Samuel (29) dari Niah; Ajeng Lah (28), Stanley Paing (33) dan Errickson Paing (25) ketiga-tiga mereka dari Rumah Lingu, Pakut, Bekenu serta Kamarulhat­ta Abdullah (57) dari Niah masing-masing telah didakwa mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Seksyen 324 memperuntu­kkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Manakala Seksyen 342 boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n tuduhan pertama, kelima-lima tertuduh telah dituduh dengan sengaja mencederak­an Aidil Firdaus Hassan, 39, menggunaka­n sebatang kayu, waima senjata yang digunakan itu boleh menyebabka­n kematian.

Manakala dalam tuduhan kedua, kesemua tertuduh telah dituduh melakukan kurungan salah terhadap Aidil Firdaus Hassan, 39.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan mereka dengan niat bersama pada jam 8.10 malam, 9 Februari lalu di laluan masuk utama ladang sawit SPB Bukit Peninjau, Sibuti.

Pendakwaan dilakukan oleh tiga Timbalan Pendakwa Raya (TPR) terdiri daripada Mohd Fillany Siji, Rishan Kumar Ragandaran dan Muhammad Nor Sollihin Salleh.

Manakala tertuduh diwakili peguam bela Roland Engan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia