Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki tak mengaku guna dadah kali ketiga

-

KUCHING: Seorang lelaki bekerja sendiri mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan menggunaka­n dadah buat kali ketiga.

Chai Cheng Feng, 33, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Marutin Pagan, sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 April depan sebagai pengurusan kes, selain menetapkan tertuduh untuk ditahan lanjut sementara menunggu sebutan kes berikutnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis Methamphet­amine ke dalam badannya pada 11 September 2020, jam 10.50 pagi, di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 39C (1) akta sama, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara antara lima tahun hingga tujuh tahun serta tidak melebihi tiga sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu juga dilaporkan mempunyai dua sabitan lampau membabitka­n kes penyalahgu­naan dadah pada tahun 2018.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki warga Indonesia dipenjara tiga bulan kerana masuk ke negara tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Tertuduh, Muhamad Jaelani Najamudin, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut pada 1 Mac lalu, jam 11.30 malam, di sebuah kafe di Jalan Semarak, Petra Jaya, di sini.

Sehubungan itu, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah dalam pada itu memerintah­kan hukuman penjara dikuatkuas­akan pada 1 Mac lalu iaitu tarikh tertuduh ditangkap, selain mengarahka­n tertuduh untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selesai menjalani hukuman bagi tujuan pengusiran.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaaa­n bagi keduadua kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ruthra Raj.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia